Wednesday, 5 December 2018

[Video Gempar! Ustaz ini mendakwa perkataan melayu diambil dari Al Quran] Bangkai lembu ugutan bunuh untuk Salahuddin & KERAJAAN DAH BATAL RATIFIKASI ICERD! Perlukah kita berhimpun lagi? Jabatan Amal Cari sumbangan npk nya.."Dah tak ada duit dok je rumah diam2!"

Rabu, 5 Disember 2018
Ustaz ini mendakwa perkataan melayu diambil dari Al Quran
Ustaz Husam yang gempar sebelum ini kerana dilarang berceramah di salah sebuah Masjid di Kedah tampil dengan satu video yang tular di media sosial menyeru orang melayu bersepakat. Beliau turut mendakwa perkataan melayu dipetik dari perkataan mala’ul a’la (yang sebenarnya merujuk kepada perkataan “malaikat” dalam Al Quran).

malaysiadateline


Bangkai lembu ugutan bunuh untuk Salahuddin

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan pusat khidmat masyarakat DUN Simpang Jeram di Johor.
“Padanya terdapat sekeping kertas mengugut bunuh saya dan laporan polis telah dibuat.
“Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri,” kata Salahuddin kepada Malaysia Dateline.
Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini kejadian pada 2 Disember lalu itu sedang disiasat pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis.
Bagaimanapun, sumber berkata tidak pasti punca kematian bangkai lembu tersebut.
"Tapi bangkai lembu itu pun kita tidak tahu, sama ada dilanggar atau dibunuh, sebab veterinar punya forensik tak keluarkan kenyataan lagi," katanya.
Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kes ini.
Mk.

Foto Otai BERSIH.
KERAJAAN DAH BATAL CADANGAN UNTUK RATIFIKASI ICERD, penganjuran himpunan itu dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mengapi-apikan keadaan dan sekadar untuk mempolitikkan isu ICERD.
Foto Otai BERSIH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena