Wednesday, 27 February 2019

[Video Hadi ni tak suka saya berpakat dengan Tun! PEDIHNYA HATIKU TIDAK TERKIRA] Pemimpin wajibkan berbohong, ahli semakin kuat reka fitnah & Pas sudah jadi parti flip flop dan suka berbohong.

Rabu, 27 Februari 2019
Pemimpin wajibkan berbohong, ahli semakin kuat reka fitnah
Pemimpin wajibkan berbohong, ahli semakin kuat reka fitnah
Satu posting yang berlegar hari ini milik Mohd Shahrizan yang mendakwa peguam negara mengeluarkan kenyataan berbunyi “Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan” ternyata sebuah fitnah yang di buat oleh pemilik akaun terbabit.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin memaklumkan beliau telah menghubungi Tommy untuk pengesahan dan peguam negara menafikan pernah mengeluarkan perkataan terbabit. Satu laporan polis dijangka bakal dibuat terhadap pemilik akaun tersebut.
PAS sudah jadi parti “Flip Flop” dan suka berbohong
PAS sudah jadi parti “Flip Flop” dan suka berbohong
Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan PAS membangkitkan rancangan menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu terima dana RM90 juta daripada UMNO.
Katanya tindakan itu juga menunjukkan PAS sebuah parti ‘flip-flop’ kerana ia pernah membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri andai PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Sebelum PRU14, PAS kata kalau Tun Dr Mahathir kembali sebagai perdana menteri, dia boleh mengancam keselamatan kepada negara tapi hari ini kamu (PAS) pula yang mempertahankan Tun Dr Mahathir.
“PAS sekarang dilihat bersikap ‘flip-flop’, sentiasa berubah-ubah (pendirian) kadang-kadang sampai kepada peringkat pembohongan bersandarkan kepada agama. Bagi saya ini adalah sesuatu yang sangat tidak wajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Program Koordinator Keselamatan (OSH-C) Siri 1, 2019 Peringkat Negeri Kelantan di Kilang Keropok Mok Wan, Jalan Tanjung Kuala yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kelantan Abdul Aziz Salim di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata kerajaan masih tidak berpuas hati dengan kadar kemalangan dan kematian di tempat kerja yang didapati meningkat setiap tahun.
Beliau berkata nisbah kemalangan di tempat kerja ialah 2.88 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2016 dan meningkat kepada 2.93 pada 2017.
Menurutnya nisbah kematian pula meningkat kepada 4.90 bagi 100,000 pekerja pada 2017, berbanding 4.84 pada tahun sebelumnya.
“Kita harap tumpuan lebih baik dapat diberikan menerusi kempen-kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga dalam sektor awam,” katanya.

No photo description available.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena