Thursday, 28 February 2019

[Video Tun M & SPRM + PDRM "MELINDUNGI" HADI & PAS] Rekod 0 PAS disiasat SPRM dah ada berapa? Tak sangka selama ni mereka ni berbohong je ye..Mursyidul Am, bekas MP PAS pula dipanggil SPRM.

Jumaat, 1 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Seperti yang kita jangka, Mereka (Pimpinan Pas dan SR) masing2 bersetuju untuk merahsiakan pembayaran tersebut. Tapi mereka telah melanggar syarat perjanjian, mungkin kerana gelabah rahsia mereka mula dihidu.
Menafikan tuduhan bukan satu jenayah! Teruskan nafi, nafi dan nafi. Jangan risau masih ada walaunbodo yang akan percaya.
Imej mungkin mengandungi: teks

Rekod 0 PAS disiasat SPRM dah ada berapa? Sama macam Najib dah ke?
Tak sangka selama ni mereka ni berbohong je ye..

Mursyidul am, bekas MP PAS pula dipanggil SPRM



Mursyidul Am PAS, Hasim Jasin dan bekas ahli parlimen Kuala Krai, Nasir Daud hari ini dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM.
Menurut portal Berita Harian Online, mursyidul am PAS itu akan memberi keterangannya di pejabat SPRM Perlis, manakala Nasir pula di pejabat SPRM Kelantan.
Difahamkan siasatan itu berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana berkaitan 1MDB yang diberi oleh Umno.
Semalam, SPRM merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS.
Sumber memberitahu Malaysiakini, kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS.
Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.
SPRM juga mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan untuk memberi keterangannya semalam.
Pada 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa hadir hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1MDB.
Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Isu itu timbul semula apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan berkenaan.
Clare hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena