Hanya orang yang biasa hidup susah faham akan makna kesusahan..
Manakala orang yang biasa hidup mewah.. dia hanya akan mempergunakan orang ramai untuk pertahankan kemewahannya..
Shame on u Bro...
Manakala orang yang biasa hidup mewah.. dia hanya akan mempergunakan orang ramai untuk pertahankan kemewahannya..
Shame on u Bro...
PAS akan tetap sokong Dr M
PAS akan kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tanpa mengharapkan sebarang balasan sekiranya peranan mereka untuk kepentingan Melayu dan Islam diperlukan oleh pemimpin berusia 93 tahun itu.
Menurut anggota jawatankuasa pusat parti itu Dr Khairuddin Aman Razali, sokongan itu juga dizahirkan bagi menjaga kepentingan golongan itu yang dikatakan berhadapan dengan tekanan dan kehendak DAP.
"PAS bersedia menyokong Tun dalam isu Islam dan Melayu kerana Allah, tidak mengharapkan balasan.
Saya tak perlukan sokongan PAS
KiniTV
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak memerlukan sokongan dari parti pembangkang khususnya PAS.
Sebaliknya, Mahathir menegaskan beliau hanya perlukan sokongan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Klang, hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas apakah beliau benar-benar memerlukan sokongan PAS.
Mahathir semalam dilapor berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang berpendirian tidak tetap dalam menyuarakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai perdana menteri.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, baru-baru ini beberapa pemimpin PAS menemui dan menyatakan sokongan agar beliau kekal sebagai perdana menteri.
Namun, katanya, dalam situasi lain parti itu melakukan tindakan dilihat tidak menyokongnya.
0 comments:
Post a Comment