Thursday, 28 February 2019

[Video SPRM Panggil Setiausaha Agung PAS] Siasatan 'RM90 juta PAS' - SPRM rampas kereta Toyota Vellfire, Range Rover, Mini Cooper dan beku akaun bank! Takiyuddin beri keterangan hampir 5 jam kepada SPRM.

Khamis, 28 Februari 2019
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM memanggil Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan parti itu menerima 90 juta ringgit dana One Malaysia Development Berhad, 1MDB yang diberi UMNO. Sumber SPRM memaklumkan, Datuk Takiyuddin tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya jam 9.20 pagi tadi.
「Gambar kereta pemimpin Pas」的圖片搜尋結果
Itu sebab mengapa tidak ada pemimpin PAS yang berani mahu mengisytiharkan hartanya seperti yang dilakukan PH

Siasatan 'RM90 juta PAS' - SPRM rampas kereta, beku akaun bank


SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya berhubung dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Menurut sumber, kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dirakamkan hari ini dan lebih ramai pemimpin PAS dijangka akan disoal esok.
Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.
Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta manakala terdapat kira-kira RM2.3 juta dalam akaun bank. Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.
Malaysiakini.

Takiyuddin beri keterangan hampir 5 jam kepada SPRM

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan selesai memberikan keterangan selama hampir lima jam kepada Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Beliau kelihatan keluar daripada Ibu Pejabat SPRM pada jam 1.50 petang bersama Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman.
Ketika ditemui pemberita, beliau berkata antara topik utama keterangannya adalah berkenaan dakwaan memiliki kenderaan yang dibeli menggunakan sebahagian daripada RM90 juta tersebut.
"Tujuan saya datang adalah kerana nama saya antara yang disebut dan pembelaan dalam saman itu menyebut nama-nama pimpinan PAS. Saya ingat dalam sepuluh nama (yang disebut).
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kenapalah UMNO/BN kalah PRU14 dulu, uhukk uhukk uhukkk wuaaa.....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena