Bekas Adun Umno kempen untuk PH di Semenyih
Adun Guar Chempedak Ku Abd Rahman Ku Ismail menjadi individu pertama dari kalangan bekas wakil rakyat Umno yang muncul untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) pada kempen pilihan raya kecil Semenyih hari ini.
Bercakap kepada pengundi semasa program ramah mesra di Ladang Rinching, Ku Abd Rahman menggesa para pengundi mengekalkan "apa yang ada pada hari ini."
"Saya (akan kempen di sini) on and off. Saya akan balik hari ini dan datang lagi.
"Belum jumpa lagi (pemimpin dari Umno) tapi kalau jumpa pun tak jadi masalah, kita kawan. Kita ada pendirian masing-masing, kita hormat menghormati. Ini demokrasi," katanya. .
Ku Abd Rahman berkata beliau masih memikirkan pendekatan yang akan diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong PH pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.
"Saya cuma melakukan tugas saya untuk menyatakan kebenaran. Saya percaya untuk beritahu yang benar, bukan sebaliknya. Saya tak percaya pembohongan," katanya.
Dalam ucapannya, beliau menggesa pengundi Semenyih mengekalkan status quo dengan mengundi PH.
"Kekalkan apa yang tuan-tuan, puan-puan ada hari ini, jangan ubah. Benda yang tak baik kita ubah, kerajaan yang sudah baik kenapa kita nak ubah?"
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment