Tuesday, 19 February 2019

[Video MENANG, KALAH! Saya Akan Tetap Bantu - Calon PH] 60 tahun Umno 'PERKOSA MELAYU' & Melayu tak akan lupa Pengkhianatan Umno! BSH golongan bujang diteruskan sebanyak RM100.

Rabu, 20 Februari 2019
Image may contain: 1 person, text
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dibayar hujung Mac.
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
BSH golongan bujang diteruskan sebanyak RM100
BSH  golongan bujang diteruskan sebanyak RM100

Kerajaan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.
“Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.
“Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Berhubung dengan bayaran selanjutnya, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Mengulas lanjut katanya, BSH untuk golongan muda diberikan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat.
Bahkan katanya, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung BSH, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada:bsh@treasury.gov.my.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena