Khamis, 22 Mac 2018
Read More
Yang bakal mencetuskan kekecohan sebenarnya samseng UMNO...

Pemuda Harapan Malaysia hari ini menolak sekeras-kerasnya budaya samseng seperti yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kesal dengan ucapan itu, Ketua Setiausaha Pemuda Harapan Malaysia Howard Lee berkata kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu merupakan hasutan yang mengundang perlakuan ganas.
“Kami juga membidas sekeras-kerasnya sebarang hasutan yang mengundang tindakan keganasan, apatah lagi sebagai kaedah melawan musuh politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad didakwa telah menggunakan nada dan perkataan yang menghasut peserta program untuk berkempen secara samseng dan tidak bertamadun dengan menyeru pemuda partinya menimbulkan kekecohan.
Kenyataan berbaur hasutan itu jelas dirakam apabila pemimpin tertinggi UMNO itu menyebut: “Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan Polis saya jamin, jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang”
Tumpang sekole.