Showing posts with label .Allahyarhamah Sharifah Aini. Show all posts
Showing posts with label .Allahyarhamah Sharifah Aini. Show all posts

Monday, 12 February 2018

[Video Krisis-krisis yang sedang MERONDONG MALAYSIA-'Pemimpin merompak wang rakyat siang2 hari'] Anugerah Brandlaureate ‘mimpi ngeri’ Zambry.

Isnin, 12 februari 2018

Anugerah Brandlaureate ‘mimpi ngeri’ Zambry

Anugerah Brandlaureate ‘mimpi ngeri’ Zambry
Pada hari ini (11 Oktober 2017) sudah genap lima bulan usaha untuk mencegah kemungkaran demi untuk menghapuskan unsur salah guna kuasa berkaitan isu penganugerahan BrandLaureate sehinggakan Pengerusi AMANAH Negeri Perak,  Asmuni Awi sanggup naik ke Mahkamah jika tuduhannya tidak benar.
Pada 30 November 2017 yang lalu, saya juga telah membuat kupasan dan penjelasan susur galur isu BrandLaureate berdasarkan kepada sidang media Asmuni dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta kenyataan media daripada The BrandLaure sendiri.
Yang jelasnya, surat yang dikirimkan oleh The BrandLaureate kepada Asmuni pada 30 Oktober 2017 telah dijawab pada 16 November 2017 melalui peguamnya namun sehingga kini tiada jawapan balas ataupun tindakan mengheretnya ke Mahkamah sepertimana yang diharapkan oleh Datuk Seri Zambry.
Video perutusan Tahun Baru Datuk Seri Zambry awal tahun baru-baru ini menunjukkan Datuk Seri Zambry begitu ‘sayang’ dengan anugerah yang diterimanya sepanjang setahun yang lalu (2017) termasuklah Anugerah BrandLaureate sebagai pencapaian terbaiknya tahun itu.
Untuk rekod, disebabkan anugerah ini juga kami pada 1 November 2017 bertekad dan mengambil tanggungjawab serta amanah menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun sehingga kini tidak tahu akan nasib laporan tersebut sama ada tindakan susulan atau hanya ‘disimpan’ sahaja?
Umum mengetahui, jika seseorang pimpinan politik kerajaan itu masih ‘berkuasa’, mana mungkin pihak berkuasa akan ‘telus’ menjalankan siasatan dan ‘tegas’ bertindak jika terbukti dengan fakta serta dokumen untuk mengheretnya ke Mahkamah.
Mungkin laporan yang kami buat tempohari kepada SPRM langsung tidak disiasat atau mungkin telah disiasat tetapi tiada tindakan susulan, ini semua tidak mustahil kerana laporan tersebut membabitkan skandal seorang pimpinan politik yang merupakan penjawat utama negeri ini.
Jika semua pendedahan itu fitnah, palsu, bohong dan tipu, kenapa Datuk Seri Zambry tidak menggunakan haknya atau Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak atau The BrandLaureate membawa perkara ini ke Mahkamah dan ‘membersihkan’ segala tuduhan tersebut?
Semasa Sidang Perbentangan Bajet Tahun 2018 Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang berlangsung pada 21 hingga 27 November 2017, Datuk Seri Zambry berpeluang membuktikannya bahawa semua dakwaan tersebut salah tetapi malangnya beliau hanya ‘berdiam diri’ sahaja.
Isu skandal Anugerah BrandLaureate ini sama seperti pendedahan isu skandal pembayaran bonus RM 115,000 dan pembelian kereta mewah jenis Audi Q7 bernilai RM 620,996 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang jelas membabitkan Datuk Seri Zambry.
Dalam kedua-dua isu skandal PKNP tersebut, difahamkan telah ada yang ‘dikambing hitamkan’ bagi ‘menutup’ isu skandal tersebut dan apakah nasibnya sama seperti isu skandal Anugerah BrandLaureate ini? Adakah rakyat hanya mampu ‘melihatnya’ sahaja tanpa ‘bertindak’ sama?
Pihak berkuasa memang boleh ‘menutup’ isu skandal-skandal yang jelas berlaku ini namun isu skandal Anugerah BrandLaureate ini masih belum ‘lenyap’ kerana surat Asmuni kepada The BrandLaureate masih tidak berjawab sehingga kini dan sanggupkah The BrandLaureate dicemuh akibat isu skandal ini?
Jika The BrandLaureate terus ‘diam’ sudah tentu penerima serta yang bakal menerima anugerahnya akan ‘malu’ kerana pendedahan oleh Asmuni tersebut jelas mengaitkan satu atau lebih bayaran dibuat oleh MB Inc semasa majlis anugerah yang diterima oleh Datuk Seri Zambry.
Kepada Datuk Seri Zambry, berlaku jujurlah kepada rakyat serta beramanahlah dengan kedudukan yang ada sekarang ini. Rakyat pula berhak ‘menurunkan’ beliau dengan ‘kuasa’ undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) ini.
Malaysia Dateline

Read More

Thursday, 3 March 2016

[Video] Himpunan Anti-Najib - Muhyidin, Mukhriz & Shafie hadir...Siap kau!

Khamis, 3 Mac 2016


'Saya akan hadir himpunan anti-Najib'


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan hadir dalam himpunan protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada hujung bulan ini.

“Adakah saya akan sertai 327 untuk menyertai bantahan?

Mu“Kita sehaluan, saya akan hadir (himpunan) 27 Mac,” katanya.

Beliau berkata akan bekerjasama dengan pihak yang mempunyai tujuan sama tidak kira siapa.

Himpunan tertutup itu dianjurkan oleh bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjutnya stakat ini.


Sidang media khas Muhyiddin hari ini, Mukhriz dan Shafie turut hadir


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyertai sidang media khas Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 11 pagi ini.

Muhyiddin dijangka mengadakan sidang media berkenaan di Bukit Damansara.

Sidang media itu jadi tumpuan umum selepas Dr Mahathir mengumumkan pendirian untuk keluar daripada UMNO pada Isnin.


Ia sedikit sebanyak bakal menjawab beberapa persoalan besar terutamanya, sama ada Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu akan mengikuti jejak langkah Dr Mahathir.

Selain itu, tumpuan pastinya terarah kepada Mukhriz sama ada beliau akan terus setia bersama UMNO atau bertindak mengikuti jejak langkah bapanya.

Pada Isnin, Muhyiddin memaklumkan kepada media sebaik pulang dari Vietnam bahawa beliau masih setia bersama UMNO.

Sidang media itu akan jadi platform untuk Ketua UMNO Bahagian Pagoh berusia 68 tahun itu mengulas isu penggantungan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lalu.
BLM.
Read More

Saturday, 5 July 2014

Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya...Allahyarhamah Sharifah Aini

Sabtu, 5 Julai 2014

MENUSUK KALBU .. ANAK BIDUANITA NEGARA ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI SENDIRI MENGIMAMKAN SOLAT JENAZAH IBUNYA 




Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, di Masjid AT Taqwa, Taman Tun, KL. 

Aliff Omar, turut mengiringi jenazah ibu tersayang sehingga ke liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari

Amat beruntung dan bertuah nasib Kak Pah dapat anak yang soleh .. Sejuk perut Allahyarhamah mengandungkannya.

Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al Fatihah.


OMAK KAU!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena