Showing posts with label BADUT. Show all posts
Showing posts with label BADUT. Show all posts

Thursday, 12 May 2016

Badut dah tiba di PWTC...PAS janji tidak akan serang BN di PRK Sungai Besar, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama.

Jumaat, 13 Mei 2016

BERITA TERKINI: Big Badut Najib sudah tiba ke Dewan Merdeka, PWTC untuk majlis sambutan Hari UMNO ke-70!
Ada sesiapa geng yang kerja dekat area PWTC yang boleh check kalau badut ni masih ada kat sana?

Page Liked · 11 hrsEdited
 
Apa kata AG Made in UMNO... Apandi..?
Apa kata Punahsihat 1MDB..?
Apa kata Menteri kewangan..?
Apa kata Perdana Menteri..?
Apa kata Menteri pengampu, Azlina Osman Said..?
Apa kata KJ.. Menteri tak tahu..?
Apa kata Menteri nak tumbuk Tun M Nazri Aziz..?
Apa kata DEDAKIAN SEMUA...?

Kalau ini propaganda fitnah yahudi, BERANI KER NAJIB MAHUPUN KERAJAAN MALAYSIA NAK SAMAN WSJ & FBI !

PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN

 | May 12, 2016
Rakyat negara ini sudah sedia maklum bahawa UMNO dan BN sedang menghadapi krisis sehingga tidak lagi diyakini rakyat.


khairuddin
PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.
Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.
Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.
“Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.
“Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi.
“Di Sungai Besar, PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai nama dan kredit di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ini sebagai kredit kepada sokongan berasaskan dasar perjuangan parti,” katanya.
Kerusi Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lalu.
Tarikh hari penamaan dan hari pengundian PRK Sungai Besar dijangka diumum esok.
FMT.

Read More

Tuesday, 5 April 2016

[Video] 'Melayu tak malu terima pemimpin DIHINA dunia'? Gambar 'badut' telah tersebar ke seluruh dunia.

Selasa, 5 April 2016

Page Liked · 2 hrs 

Dedak mana tahu malu, kalau tak dapat dedak depa nak makan apa?
Page Liked · 2 hrs 

Kalau takut dibadutkan rakyat, janganlah jadi koruptor bangsat.

Gambar ini telah telah tersebar ke seluruh dunia.. Kini dunia mengenali Najib sbg badut politik..

#KitaSemuaPenghasut

Kredit : Fahmi Reza

Kerana rasuah, Malaysia dihina negara lain

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ketika ini menyebabkan Malaysia sering dihina oleh negara-negara lain.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, oleh itu institusi negara perlu diperbetulkan dengan segera.

"Sekarang seluruh dunia hina kita. Thailand, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Mozambique hina kita.

"Ini disebabkan negara kita mengalami masalah rasuah," katanya.

Katanya, himpunan sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mendesak perubahan pentadbiran negara dilakukan.

"Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang inginkan perubahan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pemerintahan dia (Mahathir) dulu kita lawan tetapi sekarang umur dia dah 90 tahun dia melihat negara sudah lingkup. Dia juga ingin sama-sama lihat Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) berundur.

"Kita tak kira siapa saja yang mahukan perubahan termasuk orang yang sudah pencen iaitu Tun Mahathir, " katanya.

Sementara itu, Mohamad ketika ditemui selepas itu berkata, Himpunan Mansuhkan GST berjaya mencapai sasarannya bagi menyemarakkan semangat rakyat menjelang pilihan raya.

"Sasaran (kehadiran) kami tercapai sebab minggu ini banyak program lain yang diadakan di beberapa tempat. Jadi momentum itu yang kita mahu dikekalkan.

"Kita harap semangat rakyat ini dapat diteruskan hingga pilihan raya akan datang," katanya.
KDL.
Read More

Tuesday, 9 February 2016

Negara tergadai angkara BADUT! Kerana mereka kita DITERTAWAKAN DUNIA, kata penganalisis politik.

Selasa, 9 Februari 2015
 1019 9 0 1029

Negara tergadai angkara badut, pelawak dan orang gila

 | February 9, 2016
Kerana mereka kita ditertawakan dunia, kata penganalisis politik
maslee,badut
GOMBAK: Malaysia tidak lagi dihormati masyarakat antarabangsa angkara penempatan “badut, pelawak dan orang gila” mengisi pentadbiran negara, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
Mempertikaikan kewajaran melantik ahli-ahli politik yang meragukan itu, Dr Maszlee berkata keberadaan mereka menjadikan suasana politik negara ini tidak matang, sehingga menjadi “bahan ketawa di peringkat antarabangsa”.
“Tak perlu nak kata TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan menggadaikan negara, atau masyarakat Cina ingin menjual negara.
“Keadaan politik negara sekarang yang menggadaikan negara, dan ini terjadi apabila anda meletakkan badut, pelawak dan orang gila dalam pentadbiran negara dan politik,” katanya dalam sesi temubual bersama FMT.
Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu berkata ramai ahli politik diangkat ke jawatan strategik negara melalui percaturan politik, maka rakyat dibebani pemimpin tanpa hikmah untuk menjana idea politik yang bernas.
“Kekontangan politik idea punca orang seperti Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Maslan dan Ismail Sabri menjadi menteri.
“Malah pembaca berita New Zealand ketawa ketika membaca berita tentang (diplomat) Rizalman Ismail. Bagaimana dia boleh jadi diplomat? Inilah masalah kita, semuanya lantikan politik,” katanya lagi.
Untuk mengubah keadaan, beliau berkata pendekatan yang drastik perlu diambil dengan “menebang pokok yang sudah rosak”.
“Pokok yang sudah rosak akarnya perlu ditebang dan digantikan dengan yang baru.
“Memang pokok yang baru akan rosak juga, tetapi ia akan mengambil waktu. Dan kita juda sudah ada pengalaman untuk berhadapan dengannya apabila ia berlaku,” katanya lagi.

Read More

[Video] BADUT - SKMM nafi beri amaran selepas poster parodi hasil rekaan aktivis Fahmi Reza.

Selasa, 9 Februari 2016

Gambar hiasan: Elegi Seorang Badut - oghangbaado.blogspot.com

SKMM nafi beri amaran selepas poster parodi Fahmi

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena