Showing posts with label Blue Wave Army. Show all posts
Showing posts with label Blue Wave Army. Show all posts

Saturday, 26 April 2014

Polis digesa bertindak pantas... Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army

Sabtu, 26 April 2014

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Polis digesa mengambil tindakan segera berhubung penyebaran gambar dan berita fitnah kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.
Gambar yang tersebar di facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’ itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.
Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.
Kenyataan di facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai ‘isteri kedua ketua pembangkang’ dan menggelarkannya sebagai ‘mujahidah bangsat’.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.
“AMKPP mengutuk tindakan pemilik akaun facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.
“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” kata Ketuanya, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius fitnah ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.
“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.
“Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah,” tegas Dr Afif.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61049

SYED SAIFULLAH DITANGKAP!

Ringkasan kejadian
Tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor - seri iskandar rpt 591/2014@ 0554
Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab - pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.

Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. 

Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. 

Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. 

Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek
Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.

Butir2 rampasan
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan
Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt  berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .
Posted by 

Takkan Mat Maslan tubuh ‘Blue Wave Army’ hanya nak buat kerja ni!!


Takkan hanya kerja di atas tujuannya penubuhan ‘Blue Wave Army’. Tak payah ‘Blue Wave Army’, cai Umno BN dah berlambak nak lawan ‘fitnah’ seperti di atas.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin akan membuat laporan polis terhadap pengguna FB kerana menyebarkan berita palsu tersebut.
“Kami meminta pihak polis memandang serius kes ini dan mengambil langkah yang diperlukan terhadap mereka yang memuat naik gambar-gambar dan menyebarkan berita palsu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Afif menjangka polis akan bertindak secepat ketika mereka menangkap pengguna FB yang memuat naik gambar Rosmah Mansor sebelum ini. Gambar yang menunjukkan badan yang bercerai dengan kepala Rosmah.
Pengguna FB yang dikenali sebagai Syed Saifullah, segera ditahan oleh pihak polis daripada rumahnya di Seri Iskandar, Perak awal bulan ini.
“Tindakan diambil segera dalam kes Rosmah ke atas pengguna Facebook tersebut. Kami menjangkakan polis akan bertindak segera dalam kes ini juga.
“Buktikan yang pihak polis tidak mengamalkan pembanterasan jenayah yang selektif. Pihak polis mengatakan kredibiliti mereka diuji dalam kes Rosmah, jadi kini mereka sedang diuji sekali lagi. Hingga tahap mana polis ingin membenarkan pihak mereka dicabar?” kata Dr Afif.
Ekeleh.com
Read More

Tuesday, 22 April 2014

"Blue Wave Army" dah mula memfitnah... Tahniah Ahmad Maslan!

Selasa, 22 April 2014

Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah

KELAB GREENBOC


Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini:


Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..

Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!


Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan.
Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia"adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi." 


Dengan pendedahan ini, maka terbongkarlah niat jahat tetapi bangang kumpulan macai ini... Dan saham fitnah itu dikongsikan bersama dengan pencadang kepada Blue Wave Amry tersebut iaitu Ahmad Maslan namanya!
Tubuh 'Blue Wave Army' jawab fitnah tentera siber pembangkang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya. 
- BERNAMA 

Read More

Thursday, 17 April 2014

Provokasi fitnah blog sosial sudah bermula... BERAMBUSLAH MACAI, ANDA TIDAK DIPERLUKAN!...

Jumaat, 18 April 2014


Laman blog fitnah yang menggunakan nama Unit Amal

[admin] Laman blog fitnah yang menggunakan nama Unit Amal Malaysia, ia dibuat untuk memburukkan nama Unit Amal & PAS.



April 15 · 
 

SENANG KAN NAK CARI DUIT

Tuduh pembangkang ada Red Been Army.. Gunakan dana kerajaan (Duit rakyat) rm250 juta untuk tubuhkan pula unit cyber trooper umngok bongok (Blue Wave Army) ..

Hakikatnya sampai sekarang pun cerita RBA hanya tinggal cerita.. tiada apa pun yg dapat dibuktikan.. duit rakyat habis dikebas perompak durjana umngok..

p/s: MH370 = RBA = ALTANTUYA

April 16 
 

BERAMBUSLAH MACAI, ANDA TIDAK DIPERLUKAN...!!!

Mana macai2 yang x berbayar sila berambus yer.. x payah buat kerja amal.. anda semua hanya sampah..!!! Menteri hang kata bukan saya kata..kih kih kih kih..

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena