Tuesday, 22 April 2014

"Blue Wave Army" dah mula memfitnah... Tahniah Ahmad Maslan!

Selasa, 22 April 2014

Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah

KELAB GREENBOC


Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini:


Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..

Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!


Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan.
Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia"adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi." 


Dengan pendedahan ini, maka terbongkarlah niat jahat tetapi bangang kumpulan macai ini... Dan saham fitnah itu dikongsikan bersama dengan pencadang kepada Blue Wave Amry tersebut iaitu Ahmad Maslan namanya!
Tubuh 'Blue Wave Army' jawab fitnah tentera siber pembangkang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya. 
- BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena