Friday 25 April 2014

Mahkamah isytihar Akta Perhimpunan bertentangan perlembagaan...rakyat berhak sertai himpunan 1 Mei

Jumaat, 25 April 2014

Posted 2014/04/24 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Orang ramai dilarang sertai Himpunan Bantah GST 1 Mei

Berita dan laporan terkini perhimpunan bantah dukai GST 1 Mei di KLCC dan Dataran Merdeka
Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

#1Mei : Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang mengkehendaki rakyat memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan protes, adalah TIDAK SAH.
Jumaat 2014/04/25

Mahkamah tolak PAA, rakyat berhak sertai himpunan 1 Mei

mahasiswa_demonstrasiKUALA LUMPUR 25 APR: Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari dakwaan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bukti himpunan 1 Mei depan wajar dibenarkan.
Katanya, arahan polis sebelum ini menyatakan bahawa himpunan 1 Mei merupakan suatu kesalahan secara tidak langsung terbatal dan tidak sah selepas keputusan tersebut dibuat.
“Keputusan ini beri makna besar untuk perhimpunan Reformasi 2.0 dan Bantah GST pada 1 Mei akan datang kerana boleh dijalankan tanpa apa-apa halangan daripada pihak berkuasa terhadap rakyat,” kata Surendran kepada Keadilandaily.
“Kita gesa pihak polis patuh dan tunduk terhadap keputusan mahkamah serta tidak lagi cuba menindas rakyat untuk berhimpun secara aman,” tegasnya.
1_Mei_KLCCThe Star semalam melaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang melabel Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur sebagai ‘haram’.
Namun, penganjur himpunan 1 Mei bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir.
Difahamkan himpunan 1 Mei akan bermula dan dipimpin beberapa organisasi antaranya dari KLCC (NGO), Sogo (Angkatan Muda KEADILAN), Masjid Negara (Pemuda Pas), Jalan Sultan (Pemuda DAPSY) dan Dataran Maybank, Pudu (pimpinan nasional Pakatan Rakyat)
Kumpulan dari semua lokasi bergerak ke Dataran Merdeka secara serentak bermula jam 2 petang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61015

Tukar Tiub

JUMAAT, 25 APRIL 2014

DEMO HAK ASASI KITA

KOMENTAR

ertinya hakim kata
tak salah
ertinya akta paa
langgar perl;embagan
ertinya 1 mei 2014
kita turun juta juta

Mahkamah tolak PAA, rakyat berhak sertai himpunan 1 Mei

mahasiswa_demonstrasiKUALA LUMPUR 25 APR: Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari dakwaan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bukti himpunan 1 Mei depan wajar dibenarkan.
Katanya, arahan polis sebelum ini menyatakan bahawa himpunan 1 Mei merupakan suatu kesalahan secara tidak langsung terbatal dan tidak sah selepas keputusan tersebut dibuat.

MAHKAMAH RAYUAN BEBASKAN NIK NAZMI, 10 HARI NOTIS UNTUK PAA TIDAK BERPERLEMBAGAAN

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.
Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena