Monday 21 April 2014

GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei...Sorry pak tam dah lambat nak gi noreh ni!

Isnin. 21 April 2014

Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

Dataran Merdeka
SHAH ALAM 21 APRIL: Perhimpunan rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei nanti akan diadakan di empat lokasi berbeza sebelum ‘berakhir’ di Dataran Merdeka.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perhimpunan yang dinamakan Himpunan 1 Mei 2014 itu akan diadakan di Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.

“Ada orang tanya ada perhimpunan di Dataran Merdeka atau tidak dan disebabkan banyak pihak yang terlibat kita mengambil sikap seperti mana Najib mengumumkan ‘pesawat itu berakhir di Lautan Hindi’, begitu juga himpunan ini juga akan ‘berakhir’ di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Kata Badrul Hisham atau juga dikenali dengan Chegu Bard, acara 1 Mei yang akan bermula pada tengahari di KLCC itu dijangka berakhir sekitar jam 2.00 petang sebelum memulakan perarakan ke Dataran Merdeka.

Kata beliau, pelbagai acara sudah diaturkan di KLCC oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014 seperti ucapan pimpinan, persembahan dan ikrar hari pekerja.


Mengulas isu permit berhimpun, Chegu Bard meminta agar pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam isu GST, saya mohon pihak berkuasa seperti polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap rasional kerana kita adakan ini untuk menyambut seruan Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan yang menyentuh pasal GST dia sendiri menyebut dia nak tengok respon rakyat.

“Kita dah respon macam-macam tetapi mungkin menteri atau agensi tipu dia dengan kata rakyat terima dan GST dibentangkan dalam parlimen.
“Jadi kita nak beritahu dengan jelas dalam perhimpunan yang besar kali ini dan kita dah buktikan pada malam tahun baru perserta demontrasi memasuki ke Dataran Merdeka tanpa kekacauan, tiada yang pecah dan sebagainya tetapi berjalan aman,” katanya.


Beliau berkata adalah perkara biasa rakyat berhimpun termasuk di Dataran Merdeka pada malam minggu tak perlu permit.


“Seharusnya Dataran Merdeka juga adalah milik rakyat. Adakah Dataran Merdeka sudah tidak merdeka lagi, sudah tidak sesuai dengan manifestasi kewujudannya?” Soal Badrul Hisham.
Posted & copy by 

DENGARLAH PENDERITAAN DAN RINTIHAN RAKYAT DI KAMPUNG-KAMPUNG YANG DIKUASAI OLEH UMNO/BN!!!!!

Posted by 

Cukuplah dengan lakunan wayang tinggi kamu wahai pemimpin UMNO .. rakyat di luar bandar dan kampong-kampong termasuk para peneroka Felda yang bergantung kepada hasil getah kini menjerit hidup mereka terhimpit teruk.

Lakukan sesuatu untuk bantu mereka kerana kelompok inilah yang memenangkan kalian semasa PRU 13 lalu.

Jangan bersikap kacang lupakan kulit .. seperti habis madu sepah di buang .. macam melepaskan anjing tersepit.

BR1M RM 650 bukannya cara penyelesaiaan menghapuskan kemiskinan walau pun iklan di saluran TV cuba nak perbodohkan rakyat.

Dulu si Mat Maslan Ketua Penerangan UMNO mula-mula dapat jadi Timbalan Menteri bukan main lagi berjanji nak tidur satu minggu sehari di semua rancangan Felda secara bergilir .. tidor semalam lepas tu senyap.








Hari Kebangkitan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena