Sunday 27 April 2014

Terengganu DAAARUL IIIIMAAN! anjur Konsert Dikir Barat tarian gelek berunsur lucah...

Ahad, 27 April 2014

 Konsert Dikir Berunsur Lucah Di Besut




Konsert Dikir Barat tidak bermoral yang direstui Umno Besut yang disajikan kepada penduduk tempatan. Di fahamkan konsert ini berlangsung selama 3 hari berturut turut  di Kg. Pasir Akar, Besut, Terengganu DAAARUL IIIIMAAN!

Selain dari mencalarkan imej Islam,konsert yang disajikan dengan tarian gelek berunsur lucah oleh penyanyi penyanyi wanita ini dilihat turut mencemarkan keaslian Dikir Barat itu sendiri.

Menariknya di besut ini, pakai kupiah, berbaju melayu kain pelikat pun boleh berada di konsert begini.Inilah agaknya hasil didikan Umno yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam.

Difahamkan konsert ini diadakan berdekatan dengan kawasan kubur,perkampungan pondok dan masjid.Menurut sumber yang boleh dipercayai,ketua pemuda umno di kawasan ini merupakan seorang hafiz dan merangkap Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Besut.

Mengapa bila jadi kubu kuat UMNO, maka akan ada program mengundang bala seperti ini.Belum cukup kah Allah SWT beri amaran melalui kemarau yg panjang?Exco Agama mana? Oops lupa. Negeri2 lain ada,tapi Terengganu tak ada Exco agama.Mungkin tak berapa penting bagi UMNO.Sebab itulah konsert sebegini dibenarkan.

Memalukan !!! sebagai penduduk Besut aku turus merasa tempiasnya.Pohon JHEAT menyiasat dan mengambil tindakan supaya masyarakat tak terus sesat dan tidak mencemarkan imej Besut itu sendiri yang pernah dilabel sebagai BUMI ULUL ALBAB oleh bekas MB Datuk Sri Idris Jusoh ~ Tinta Hijau DKB

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena