Tuesday 22 April 2014

GST: Umno akan guna isu 'cina lari bayar cukai' untuk pujuk melayu...

Selasa, 22 April 2014

#1Mei : Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan bukan dengan membebankan Rakyat dengan Cukai GST

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Photo: Kalau bab nak membazir duit rakyat ada saja jalan. Bagaimana untuk memberi penerangan bila Parti Pemerintah Ditolak oleh 53% rakyat Malaysia? Parti Pemerintah perlu sedar rakyat menentang GST kerana wang yang dikutip Bocor Dalam Poket Pemerintah, tiada langsung usaha positif dan bersungguh-sungguh untuk memulihkan salah urus tadbir wang Rakyat.

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan
Like✔Share✔Comment✔ ☛| Media Pakatan Rakyat |☚ untuk update dari kami

Kalau bab nak membazir duit rakyat ada saja jalan. Bagaimana untuk memberi penerangan bila Parti Pemerintah Ditolak oleh 53% rakyat Malaysia? Parti Pemerintah perlu sedar rakyat menentang GST kerana wang yang dikutip Bocor Dalam Poket Pemerintah, tiada langsung usaha positif dan bersungguh-sungguh untuk memulihkan salah urus tadbir wang Rakyat.

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;

GST: 'Umno akan guna Cina pujuk Melayu'

Anggota Parlimen DAP Datuk Ariff Sabri menjangkakan, Umno akan menggunakan hujah berkaitan kaum untuk menghalalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tahun depan.

Beliau menjangkakan, Umno akan memperalat hujah berkaitan orang Cina untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong cukai kontroversi itu.

“Mereka akan kata GST bagi memastikan pengelakan cukai terhad. Pihak yang lari membayar cukai adalah orang Cina dan dengan GST, mereka ini tidak boleh terlepas.

“Jadi orang Melayu harus menyokong GST kerana orang Cina mengelak membayar cukai kepada kerajaan Umno.

“Apparatchik Umno akan pusing keliling bandar mengulangi kisah ini. Kerajaan kurang wang kerana ramai elak membayar cukai dan justeru itu kita mesti tangkap mereka,” tulisnya dalam blog semalam.

Anggota Parlimen Raib itu berkata, Umno juga tidak akan mendedahkan kisah secara keseluruhan apabila menceritakan bahawa 160 negara di dunia menggunakan GST.

“Mereka tidak akan kata, ekonomi terkuat di dunia, Amerika Syarikat, tidak menggunakan GST.

“Mereka tidak akan kata kerana GST digunakan di 160 negara ini bahawa setiap negara itu memerlukan lebih wang.

“Malaysia mahu menggunakan GST untuk mendapatkan lebih banyak wang.
MK.

1 comments:

BomoSiam said...

Memang la USA tak ada GST. mereka cuma ada Sales Tax. Tapi cara kutip sales tax di USa efficient dan peniaga tak boleh lari dari bayar sales tax. Di Malaysia peniaga mana ada bagi resit. Tengok saja kedai mamak. So peniaga boleh tipu dan tak bayar tax. Dengan GST mereka tak boleh lagi tipu.

Dalam urusan perniagaan katakana ada 5 transaksi. Setiap transaksi kena 6% GST. Kelima-lima transaksi ni semua Cina. Jadi Cina yg kena bayar 30% tu. Melayu beli saja. Takkan Cina nak naikkan 30% semua barang. Sapa nak beli... Yang pentingnya sejak Merdeka Bangsa Cina ni tak pernah bayar cukai. Yang dok bayar cukai ni kita Melayu ni yang makan gaji tiap bulan. Cina yang berniaga kat Mid Valley dan Sunway Pyramid tu boleh bayar sewa kedai RM50,000 sebulan, tapi seorang pun tak bayar cukai. Memanjang declare tak untung. Kerajaan buat GST ni nak ambil duit dari peniaga Cina dan bagi pada orang susah....orang Melayu. Takka nak pakai duit PETRONAS sampai bila2...minyak pun dah nak kering...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena