Monday 21 April 2014

Aduh Sakitnya!!! Ngeri Murid Sekolah Tercucuk Besi Longkang Di Muka...

Isnin, 21 April 2014

PIPI KANANNYA DITEMBUSI SEBATANG BESI SEDALAM LIMA INCI KETIKA SEDANG BERMAIN DI LUAR PEKARANGAN SEBUAH SEKOLAH

Gambar: SEORANG MURID LELAKI TAHUN EMPAT CEDERA DI PIPI KANANNYA DITEMBUSI SEBATANG BESI SEDALAM LIMA INCI KETIKA SEDANG BERMAIN DI LUAR PEKARANGAN SEBUAH SEKOLAH DI KOTA KINABALU, SABAH!!!! 
http://omakkau.blogspot.com/2014/04/seorang-murid-lelaki-tahun-empat-cedera.html
Seorang murid lelaki tahun empat cedera apabila pipi kanannya ditembusi sebatang besi sedalam lima inci ketika sedang bermain di luar pekarangan sebuah sekolah di Kota Kinabalu. 

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggu bas di kawasan parkir selepas tamat waktu persekolahan, terpijak besi penghadang longkang sepanjang semeter yang tercabut mengakibatkan murid berkenaan mengimbangi badan dan terjatuh.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima laporan pada 12.51 tengah hari dan lapan anggota Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke tempat kejadian.


Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip pula berkata Jabatan Pendidikan Negeri akan mengarahkan pihak pengurusan semua sekolah memeriksa dan memperbaiki kawasan yang boleh membahayakan pelajar.


"Pihak sekolah diminta oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.


ame turut melawat mangsa di hospital, yang kini dalam keadaan stabil dan menemui ibu bapa murid berkenaan. – Bernama

Posted by 



Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.

SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. 

Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke luar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama. Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. 

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yang kebetulan berada di hospital. Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.

Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sulaiman Hj Awang.
PPA PPD KK.
21hb April 2014
4.12 petang.


Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena