Saturday 19 April 2014

Siapa rancang kemalangan mendiang KS?..What!.. Puaka Gua Tempurung Puncanya...merepeklah!

Ahad, 20 April 2014

Pemuda dakwa kerajaan rancang kemalangan Karpal Singh

Posted by 
Gendang Perang
Para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 April, 2014.Suasana suram menyelubungi kediaman mendiang Karpal Singh tengah hari ini apabila pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelimuti keranda “saudaranya” dengan bendera parti bagi menghormati bekas pengerusi parti pembangkang selama 44 tahun itu. TMI

Puaka Gua Tempurung Punca Kematian Karpal


Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena