Monday 28 April 2014

Deklarasi Mei 1, 2014: CUKAI GST - BANTAH SAMPAI TUMBANG!

Isnin, 28 April 2014
Gambar: Tingggal 2 hari lagi menjelang Himpunan Bantah GST 1 Mei!!!

Hari Mei Satu, hari kebesaran semua pekerja...

Datanglah beramai-ramai pada 1 Mei 2014 ke Himpunan Bantah GST Sampai Tumbang: Hari Pekerja 1 Mei 2014!!!

https://www.facebook.com/events/697324073659711/

Deklarasi Mei 1, 2014: CUKAI GST - BANTAH SAMPAI TUMBANG!

pada 28hb April 2014 pukul 2.36 pagi



DEKLARASI MEI 1, 2014
CUKAI GST - BANTAH SAMPAI TUMBANG !

Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan Cukai GST ini.

Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38% rakyat masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan iaitu RM860, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma. Malah, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hong Kong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?

Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun Kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.

Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun Kerajaan memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Kerajaan yang pro-korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40% pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang dan sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.



Tuntutan Kami

  1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.
  2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
  3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.
  4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
  5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
  6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
  7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.
  8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.
  9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
  10. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
  11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
  12. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.
  13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
  14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
  15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasirakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention of Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahay.


Organisasi yang menyokong Deklarasi Mei Satu, 2014

  1. Academy Of Tamil Studies
  2. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  3. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
  4. Asalkan Bukan UMNO
  5. Bantah Lynas
  6. Baramkini
  7. Bela Tani
  8. Community Action Network (CAN)
  9. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  10. Centre Of Education. Research And Development (CEDAR)
  11. Child Development Initiative
  12. Community Development Centre (CDC)
  13. Council Of Temples Malaysia
  14. Damn the Dams
  15. Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
  16. Dignity International
  17. Empower
  18. FanTIZhi1748
  19. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
  20. Findars
  21. Food Not Bombs-Kuala Lumpur
  22. Gabungan NGO Pengerang
  23. Gabungan Pekerja Sungai Petani (GABUNG)
  24. Gerakan Mahasiswa Maju New Era
  25. Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)
  26. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
  27. Group Of Concerned Citizens
  28. Himpunan Hijau
  29. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
30.  Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
31.  Jaringan Orang Asli Semenanjung Malaysia
32.  Jawatankuasa Bertindak Flat Taman Permata Dengkil
33.  Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Incinerator
34.  Jawatankuasa Pekerja Sanon Kogyo Malaysia Sdn Bhd
35.  Jawatankuasa Penduduk Jalan Reko Kajang
36.  Jawatankuasa Penduduk Kg Hakka
37.  Jawatankuasa Rakan Segari
38.  Jawatankuasa Tindakan Tanah Kampung Ampar Tenang
39.  Johor Yellow Flame (JYF)
40.  Kelab Bell Belia Selangor
41.  KL & Selangor Chinese Assembly Hall Social-Economic Committee
42.  Klang Consumer Association
43.  KLCAH Youth
44.  Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
45.  Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
46.  Kumpulan Aktivis Sahabat Alam
47.  LLG Cultural Development Centre
48.  Lostgens
49.  Malaysia Against Death Penalty and Torture (MADPET)
50.  Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
51.  Malaysia Tamil Artiste Association
52.  Malaysian Dravidian Association
53.  Malaysian Election Observers Network
54.  Malaysian Indian Historical Association
55.  Malaysian Indian Youth Development Foundation
56.  Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
57.  Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
58.  Malaysians for Beng Hock
59.  Mamas Bersih
60.  Nationwide Human Development And Research Centre
61.  Northern Green Youth (NGY)
62.  Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
63.  Parti Rakyat Malaysia (PRM)
64.  Parti Sosialis Malaysia (PSM)
65.  Pax Romana ICMICA
66.  Pemuda Sosialis
67.  People’s Green Coalition
68.  PERMAS
69.  Persahabatan Semparuthi
70.  Persahabatan Semparuthi Johor
71.  Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL
72.  Persatuan Alumni PBTUSM Utara
73.  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
74.  Persatuan Komuniti Prihatin Selangor and KL (PRIHATIN)
75.  Persatuan Prihatin Belia Malaysia
76.  Pusat Komas
77.  Rakan Mantin
78.  Rudra Devi Samaj Malaysia
79.  Sahabat Rakyat Working Committee
80.  Sahabat Wanita
81.  Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
82.  School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT), Malaysia
83.  Selangor Hokkien Association Youth Section
84.  Sembang-sembang Forum
85.  Serdang Bharu School Alumni Youth Section
86.  Sisters in Islam
87.  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
88.  Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )
89.  Taskforce Against Kaiduan Dam (TAKAD)
90.  Tenaganita
91.  Transformasi Mahasiswa, UUM
92.  University Malaya Association of New Youth (UMANY)
93.  Women’s Aid Organisation (WAO)
94.  Women’s Centre for Change Penang (WCC)
95.  World Tamil Federation – Malaysian Chapter
 · Komen · 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena