Showing posts with label Dakwat kekal. Show all posts
Showing posts with label Dakwat kekal. Show all posts

Saturday, 2 January 2016

Kecewa dengan sistem, pengundi 2 kali sedia ke mahkamah lagi..."Saya tidak tahu hendak percayakan siapa lagi".

Ahad, 3 Januari 2016

Kecewa dengan sistem, pengundi 2 kali sedia ke mahkamah lagi 
Mohd Fadhli Khaharuddin terpaksa bersabar dengan segala tuduhan yang kononnya beliau berniat jahat dan bersekongkol dengan parti tertentu untuk menentang kerajaan. – GambarThe Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 2 Januari, 2016.
Mohd Fadhli Khaharuddin terpaksa bersabar dengan segala tuduhan yang kononnya beliau berniat jahat dan bersekongkol dengan parti tertentu untuk menentang kerajaan. – GambarThe Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 2 Januari, 2016. 

Kegembiraannya selepas dibebaskan Mahkamah Majistret Kuantan pada 9 Disember tahun lalu tidak kekal lama apabila timbalan pendakwa raya (DPP) memfailkan rayuan 2 hari kemudian.
Peguam Fadhli menerima notis rayuan itu pada 22 Disember lepas.
"Ketika itu, 3 hari sebelum Hari Krismas, saya diberitahu peguam saya yang DPP membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
"Saya marah dan kecewa dengan semua ini tetapi apa boleh saya lakukan," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual.
Fadhli didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1955 pada 12 September, 2014 kerana memiliki kertas undi tanpa kebenaran dan cuba meninggalkan kawasan mengundi bersama kertas itu.
Sejak itu, beliau terpaksa bersabar dengan segala tuduhan kononnya beliau mempunyai niat jahat, membantu parti tertentu dan dibayar untuk menentang kerajaan.
Katanya, selepas ditangkap dan didakwa, rakan, jiran serta beberapa ahli keluarga juga melayannya seolah-olah beliau bersalah walaupun perbicaraan belum bermula.
"Ibu dan ayah saya sudah sangat tua. Mereka tidak cakap banyak kerana jiran selalu sangat bercakap tentang saya.
"Malah, semua ahli keluarga saya tidak berkata apa-apa. Mereka buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kami tidak pernah berbincang mengenainya.
"Satu-satunya perkara yang disebut seorang daripada mereka ialah, jika saya melakukannya dengan niat baik, pasti Allah akan membantu," katanya.
Paling mengecewakan ialah hakikat yang niat baiknya itu disalahfaham. Rakan-rakan mula menjauhkan diri sambil ada segelintir mengecam tindakannya membuat laporan polis.
Fadhli berkata, episod itu membuka matanya kepada sikap acuh tak acuh rakyat dan terdapat juga ketakutan di kalangan mereka berhubung masalah dalam sistem pilihan raya.
"Orang menuduh saya dipergunakan dan dibayar pihak tertentu untuk buat perkara itu.
"Saya neutral. Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya tidak ada niat jahat ketika melakukannya."
Beliau juga berkata, beliau menyedari walaupun ramai tidak berpuas hati atau meragui sistem pilihan raya, kebanyakannya memilih berdiam diri bagi mengelak ditimpa masalah pula di kemudian hari.
"Mungkin lebih baik untuk tidak berkata apa-apa. Bentuk ugutan yang saya terima membuatkan saya lebih berhati-hati sekarang," akui beliau.
Fadhli mengundi di kerusi Parlimen Kuantan, Pahang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur pada pilihan raya umum 5 Mei, 2013, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan penggunaan dakwat kekal buat kali pertama.
Katanya, beliau terdorong untuk "menguji sistem" itu selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya ketika mengundi kali pertama hilang, "tidak seperti dakwaan SPR".
Selepas selesai mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Fadhli kembali pada jam 1.15 tengah hari dan dibenarkan mengundi sekali lagi apabila pegawai SPR melihat tiada dakwat kekal pada jarinya.
Beliau diberikan satu set kertas undi ke-2 dan namanya juga belum dipotong dalam daftar pemilih walaupun sudah mengundi sebelum itu.
Fadhli berkata apabila beliau mendapat kertas undi kali ke-2, dia menunjukkannya kepada seorang anggota polis yang bertugas di tempat mengundi itu dan memohon untuk membuat laporan.
Setahun kemudian, beliau didakwa kerana melakukan kesalahan. 
Apabila tekanan terus diterimanya susulan pertuduhan itu, Fadhli berkata beliau meminta bantuan daripada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0.
"Saya tidak tahu hendak percayakan siapa lagi, jadi saya memutuskan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat Bersih. Saya bersyukur dengan sokongan yang saya terima daripada mereka."
Insiden itu juga katanya, menyebabkan beliau hilang kepercayaan kepada pihak polis.
"Saya pergi kepada mereka untuk membuat laporan. Daripada menyiasat bagaimana dakwat itu boleh jadi begitu mudah dibasuh, mereka menahan saya dan membawa saya ke mahkamah."
Fadhli berkata beliau tidak mempunyai niat jahat apabila mengambil keputusan "menguji sistem" itu.
"Saya tidak melakukannya untuk menjatuhkan kerajaan. Saya boleh terlepas daripada semua ini jika saya diam. Tetapi saya pergi kepada polis dan memberitahu mereka apa yang berlaku."

Fadhli berkata, kerajaan tidak harus menghukum seorang warganegara yang hanya mahu "menyumbang" dengan menunjukkan kelemahan dalam sistem supaya ia diperbaiki.
Beliau memberitahu mahkamah sebelum ini, beliau mahu menyerahkan kertas undi itu kepada pihak polis bagi membuktikan pengundian 2 kali boleh terjadi.
Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali ketika membuat keputusan membebaskan Fadhli berkata, pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.
Peguam Fadhli Datuk Bastian Vendargon berhujah, perbuatan merentasi sempadan stesen tempat mengundi itu tidak dibuktikan pihak pendakwaan.
"Sempadan tempat mengundi tidak diwartakan dan oleh itu tidak ada cara menunjukkan anak guam saya keluar dari kawasan itu."
Beliau berkata anak guamnya tidak berniat melakukan kesalahan itu tetapi semata-mata mahu menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem pilihan raya dan potensi pengundian berganda.
Seperti Fadhli, bekas tentera udara Mejar Zaidi Ahmad juga mendapati dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 2013 mudah untuk dibersihkan.
Zaidi dipecat daripada angkatan tentera selepas tribunal tentera mendapatinya bersalah melanggar protokol dalam melaporkan masalah berhubung dakwat itu.
Beliau juga didapati melanggar perintah panglima angkatan tentera dengan bercakap kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan. – 2 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kecewa-dengan-sistem-kata-pemberi-maklumat-undi-2-kali#sthash.pgGrrlU6.dpuf
Read More

Sunday, 16 February 2014

Dakwat Tak Kekal: Sepatutnya SPR yang perlu disiasat, bukan Mejar Zaidi - PAHLAWAN

Ahad, 16 Februari 2014

Sepatutnya SPR dan ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah...



Kedahkini

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

“Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya,” tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.


“Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik,” katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 50 (2) 1972 – tidak patuh kepada Pegawai Atasan dan Seksyen 51 akta yang sama kerana tidak patuh kepada arahan tetap.

Menurut Ahli Parlimen (MP) Lumut Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, ATM tidak mempunyai akta khusus mengenai pengundian awal dalam pilihan raya yang boleh menyabitkan Zaidi dengan kesalahan.

“ATM tiada akta mengenai pengundian awal jadi tak ada kesalahan yang boleh disabitkan dengan Mejar Zaidi.

“Kita pun tak tahu mana seksyen yang digunakan untuk dakwa,” katanya.

Tambah Imran, perkara ini sudah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini oleh MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar namun tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pahlawan Muhamad Mustafa Ghazanfar berkata dakwaan keatas Zaidi ini seperti cubaan untuk menakut-nakutkan anggota ATM dari melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

“Ini seperti ugutan untuk takut-takutkan anggota dari melakukan perbuatan berprinsip,” tegasnya.

Pahlawan turut mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada Zaidi untuk menampung kos guaman yang diperlukannya.
Posted by Kedah Lanie




Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu...


MEJAR ZAIDI: TERPAKSA BAYAR HARGA MAHAL KERANA BERCAKAP BENAR


OLEH LOOI SUE-CHERN
February 15, 2014
Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan.
"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya," kata Zaidi (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.

Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.

Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.

"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”

Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.

"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.
Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.

Beliau membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mendapati dakwat kekal di jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam tempoh dua jam kemudian. Selepas membuat laporan polis, beliau bercakap kepada pemberita di luar balai polis di Kepala Batas.

Tindakannya menyebabkan kekecohan dan dua hari kemudian, beliau diberitahu dipindahkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta.

Pemindahan juga bermakna kerjaya sebagai juruterbang turut berakhir.
Zaidi dipindahkan ke pangkalan tentera udara Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur selama sebulan dan apabila kembali ke pangkalan Butterworth, beliau bukan lagi pegawai pemerintah kepada Skuadron 12, jawatan yang dipegang sebelum pilihan raya umum.

"Gaji dan elaun saya masih sama. Begitu juga hubungan dengan rakan-rakan saya. Mereka seperti biasa. Tiada seorang pun yang melayan saya berbeza. Kami tidak ada masalah," katanya.

Masalah Zaidi adalah dakwaan berganda di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 terhadapnya di Mahkamah Tentera.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.

Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.

Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Zaidi berkata, beliau akan dipenjarakan dan kehilangan pencen jika didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

"Ia akan menjadi beban yang amat berat kepada keluarga saya. Isteri saya seorang suri rumah dan empat anak-anak kami bersekolah dan masih kecil," katanya.
Anak sulungnya berusia 20 tahun dan masih belajar di universiti, sementara yang paling muda berusia tiga tahun.

Zaidi menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah dan berkata akan menerima keputusan Mahkamah Tentera.

"Sekurang-kurangnya, saya berharap masih mempunyai kesihatan untuk menyara keluarga dengan cara yang betul. Saya berfikir untuk bekerja sebagai juruterbang bagi beberapa syarikat swasta atau menjalankan perniagaan apabila tidak lagi berkhidmat bersama tentera.

"Ada yang mencadangkan supaya saya menyertai politik. Tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi. Saya perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu," katanya.
Zaidi juga mempunyai halaman Facebook yang diberi nama "Sokong Mejar Zaidi TUDM" yang boleh dilawati para pengguna rangkaian sosial itu bagi menunjukkan sokongan dan mengetahui mengenai isu-isu berkaitan ketenteraan.

Bagi Zaidi, menjadi seorang juruterbang pejuang adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.

"Semasa kecil saya memancing di sungai berhampiran kampung saya , Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah.
"Saya sering melihat jet pejuang terbang di langit semasa memancing. Ia membuatkan saya menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang," katanya.

Perjalanan kerjayanya termasuklah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.
Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.

Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, diambil tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.

"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.

"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan elakkan – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian." – 15 Februari, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mejar-zaidi-terpaksa-bayar-harga-mahal-kerana-bercakap-benar

Kedahkini
Read More

Tuesday, 6 August 2013

Kejadian pilu di pagi raya: Dakwat Kekal di gunakan...

Rabu, 7 Ogos 2013
Berita menyedihkan di pagi raya...



Dakwat kekal juga boleh diguna pada Hari Raya
KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya dakwat kekal bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga, tulis Aspan Alias. 

Menurutnya, kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

“Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.
Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada di ambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu ringgit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk diberikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira di hari raya ini. Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentulah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabia mendapat duit raya seringgit dua dari kita. Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?

Kawan saya itu berjenaka, “Itulah, saya ingat saya hendak pergi ke SPR sahaja untuk mendapatkan dakwat kekal dari Suruhanjaya itu.” Bila saya tanya apa kena mengena dengan dakwat kekal dengan duit raya itu dia menjawab, “Ialah…apabila anak-anak saudara atau kanak-kanak kampung datang menerima duit raya, kita suruh dia celup jari telunjuk mereka ke dalam dakwat kekal tu supaya kita dapat mengenali siapa yang sudah menerima duit raya dan siapa yang belum menerimanya!” Jawapannya ini amat menggelikan hati saya mendengarnya.

Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakanlah semasa Hari Raya. Kepada pemimpin UMNO pula dakwat ini boleh digunakan untuk mempastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal. Harakahdaily.



pergh.com
Read More

Wednesday, 12 June 2013

Dakwat kekal SPR: Rakyat ditipu hidup-hidup

Rabu, 12 Jun 2013
KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)  yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini. 

"Kita akan ajar pemimpin rasuah dan penipu ini, we must teach them a lesson, enough is enough. Sebab itulah kita adakan himpunan seperti ini dan himpunan pada 22 Jun ini sebagai perhimpunan di peringkat nasional untuk menyatakan kepada Malaysia dan seluruh dunia kita menolak penipuan dalam pilihan raya.

"Kita minta diadakan pilihan raya semula tapi dengan syarat pemimpin  SPR yang ada kena letak jawatan dulu," katanya kepada sekitar 7000 orang hadirin yang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini.
Harakahdaily.
Read More

Friday, 7 June 2013

1% Siver Nitrate Dalam Dakwat Kekal: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian

Sabtu, 8 Jun 2013
Dakwat kekal: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian

Koh Jun Lin
9:02AM Jun 8 2013


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk 
penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan leibh daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 30 April 2013

SPR MENIPU - Dakwat Kekal Boleh Dibasuh...Ahh Sudah...5 Hari Lagi Nak Ngundi Neh!

Selasa, 30 April 2013
SPR Menipu - Dakwat Kekal Boleh Dibasuh..
Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal
Sumber:Jkkk Fan Club
Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal.
ohhh kotor permainan SPR terik ning !

KENYATAAN AWAL DARI PAS
IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.
Harakahdaily.

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Friday, 12 April 2013

Dakwat kekal tahan 3 hari, undi awal 5 hari?...Aik!

Jumaat, 12 April 2013
Dakwat kekal tahan 3 hari, undi awal 5 hari?



KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.
Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.
“Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.
Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.
Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.
Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.
Persada.
PRU-13: Elak eksploitasi, warna dakwat kekal diketahui hari pengundian
ARKIB : 11/04/2013
 PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal
PUTRAJAYA 11 April - Bagi memastikan tiada pihak dapat mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal, warna dakwat yang akan diguna pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memastikan bilik kebal yang menempatkan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain turut di pasang kamera litar tertutup (CCTV).

Jaminan itu disuarakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sambil menyatakan bahawa warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna dakwat yang terdapat di pasaran.da

"Warna dakwat kekal itu unik serta tersendiri dan bahan kandungannya mempunyai spesifikasi khas, menjadikannya sukar ditiru," katanya.

Buat pertama kali, pilihan raya umum ini bakal menyaksikan dua jenis dakwat berbeza warna diguna untuk pengundian awal pada 30 April (Selasa) dan pengundi biasa pada 5 Mei (Ahad), kecuali pengundi pos.

Menurut SPR, penggunaan dakwat kekal sebagai satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak dan ia selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.
Penggunaannya juga diharus dan dibenarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

Rumusan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia pula mendapati bahan yang digunakan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberi kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.

Tatacara penggunaan dakwat kekal itu bermula dengan dakwat akan dicalitkan di permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah.
Jika tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri, jika tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan, bagi pengundi yang tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.

Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan, iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa, setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.

Difahamkan SPR telah merancang laluan dan logistik untuk dakwat-dakwat diagihkan ke negeri-negeri dengan kawalan ketat pihak polis. - BERNAMA
Pilihanraya Mesir saksikan penggunaan Dakwat kekal           
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_55/PRU-13-Elak-eksploitasi-warna-dakwat-kekal-diketahui-hari-pengundian#ixzz2QB7tntIo 

PRU 13
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena