Dakwat kekal tahan 3 hari, undi awal 5 hari?
KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.
Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.
“Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.
SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.
Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.
Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.
Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.
Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.
Persada.
PRU-13: Elak eksploitasi, warna dakwat kekal diketahui hari pengundian
ARKIB : 11/04/2013
PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal
PUTRAJAYA 11 April - Bagi memastikan tiada pihak dapat mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal, warna dakwat yang akan diguna pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian.
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memastikan bilik kebal yang menempatkan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain turut di pasang kamera litar tertutup (CCTV).
Jaminan itu disuarakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sambil menyatakan bahawa warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna dakwat yang terdapat di pasaran.da
"Warna dakwat kekal itu unik serta tersendiri dan bahan kandungannya mempunyai spesifikasi khas, menjadikannya sukar ditiru," katanya.
Buat pertama kali, pilihan raya umum ini bakal menyaksikan dua jenis dakwat berbeza warna diguna untuk pengundian awal pada 30 April (Selasa) dan pengundi biasa pada 5 Mei (Ahad), kecuali pengundi pos.
Menurut SPR, penggunaan dakwat kekal sebagai satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak dan ia selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.
Penggunaannya juga diharus dan dibenarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.
Rumusan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia pula mendapati bahan yang digunakan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan kesihatan.
Dalam peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberi kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.
Tatacara penggunaan dakwat kekal itu bermula dengan dakwat akan dicalitkan di permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah.
Jika tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri, jika tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan, bagi pengundi yang tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.
Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan, iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa, setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.
Difahamkan SPR telah merancang laluan dan logistik untuk dakwat-dakwat diagihkan ke negeri-negeri dengan kawalan ketat pihak polis. - BERNAMA
Pilihanraya Mesir saksikan penggunaan Dakwat kekal
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_55/PRU-13-Elak-eksploitasi-warna-dakwat-kekal-diketahui-hari-pengundian#ixzz2QB7tntIo
0 comments:
Post a Comment