Tuesday, 30 April 2013

Musa Hasan Dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Selasa, 30 April 2013
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan menerima pelantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.
DCMM.
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena