Monday 22 April 2013

Mat Taib: Derita Umno Makin Berganda & Hanya PAS boleh bawa kesedaran

Isnin, 22 April 2013
Derita Umno makin berganda
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas.
Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. - SH
Derita Umno makin berganda

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.
 Posted by Razif Maslan
Hanya PAS boleh bawa kesedaran – Mat Taib
Muhammadtaib_PAS
Alhamdulillah…sah, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS dan bukti Salahuddin Ayub serta beberapa pemimpin PAS yang lain tak berbohong tentang perkara tersebut.
Hari ini dia menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur
“Hanya PAS boleh bawa kesedaran. Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam). Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad. Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam. Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar),” kata Muhammad Taib. – Malaysiakini
Turut serta di majlis tersebut Mohamad Sabu, Datuk Haron Din, Timbalan Mursyidul Am serta dua naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/hanya-pas-boleh-bawa-kesedaran-mat-taib/#ixzz2R7IOkGI5 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook

Follow us: ekeleh.comm on Facebook

KEM UMNO/BN KECOH MUHAMMAD DI SG CHOH !

BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.
Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

Muhammad bersama Khalid (kanan) pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh semalam.


"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.


"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.
"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno. -sinarharian
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/04/gambar-bekas-mb-selangor-di-program.html#ixzz2R9H2HEjQ
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 di 8:47 AM  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena