Thursday 11 April 2013

PAKATAN MENUJU PUTRAJAYA: Husam Telah Sampai Dulu!...Takbir...Allahuakbar!

Jumaat, 12 April 2013
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/529351_10151486826103046_1634827513_n.jpg
 
Confirm Pakatan Rakyat ke Putrajaya..

 "Road To PutraJaya, Road to Freedom"
Program Pertama Husam Musa Di Putrajaya


Datuk Husam Musa yang disahkan bertanding di Parlimen P 125 Putrajaya hadir di program pertamanya di kawasan itu.
Antara program yang dihadiri Husam termasuklah majlis tahlil,zikir dan tazkirah bersama Al Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar dan anak anak yatim.
Selain itu buat pertama kalinya beliau turut mengadakan ceramah  di Putrajaya dan mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk sekitar.
Doakan semoga kemenangan berpihak kepada beliau dalam merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke PUTRAJAYA ~ Tinta Hijau DKB
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 12:19:00 PTG  


Husam yakin warga Putrajaya bijak menilai
by webmaster under Berita Umum, Politik
Tasik Putrajaya bermandikan cahaya dengan pertunjukan bunga api 
PUTRAJAYA: Datuk Husam Musa berkata, beliau menyambut baik keputusan PAS Pusat yang menetapkan beliau bertanding di Putrajaya dan menyifatkan ianya sebagai peluang terbaik untuk beliau memperjuangkan agenda negara yang berpusat di sini.

Naib Presiden PAS itu yang ditemui dalam ceramahnya di Presint 18 malam tadi menjelaskan, beliau akan memberi fokus kepada isu-isu, dasar dan polisi negara yang perlu diubah bagi mewakili hasrat rakyat jelata khususnya penduduk Putrajaya.
“Saya tidak mahu bertembung dengan mana-mana tokoh hebat-hebat di sini. Saya hormat mereka dan saya memang bimbang dengan pengaruh mereka.
Persada

 PUTRAJAYA : MASJID PUTRA 

PERSADA sambut baik pencalonan Husam di Putrajaya


Kenyataan Media
Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA)
PERSADA SAMBUT BAIK PENCALONAN DATUK HUSAM MUSA
Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta amat mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen Putrajaya.
Pencalonan Datuk Husam dilihat sebagai satu pengiktifan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau yang mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas.
Datuk Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini.

Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Datuk Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan dan seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau.
Persada juga akan mengambil langkah membantu Datuk Husam merampas Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen kami secara aktif dan kami juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama kami bagi memastikan kemenangan kepada Datuk Husam yang merupakan kebanggaan kita anak Kelantan seluruhnya.

Wassalam…
Yang Menjalankan Amanah

Razali Mat Ail
Setiausaha Agong Persada
Shah Alam – 9/4/13

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena