Saturday 27 April 2013

GELOMBANG HARU-BIRU DI SABAH - Menjelang 7 Hari Sebelum Mengundi!...KAMI TAK NAK BN

Sabtu, 27 April 2013
Artikel Pilihan Penulis Tamu Sabah
GELOMBANG HARU-BIRU
PAS BAKAL KUASAI PANTAI TIMUR SABAH
Pas berpotensi di kawasan pengundi hantu
Ajar bersyukur kepada Allah bukan BN


Awang Tongkol via Email
D7UUQBVBSA3A
Pas sesuai bertapak di sebelah pantai timur Sabah
Idea tentang nasionalisme tidak boleh jalan di sini di kalangan mereka. Sama ada yang gaya apartheid atau bukan. Begitu juga tentang ide untuk berubah. Atau ide tukar baju. Atau ide "Ni Kali lah". Di sepanjang 18 tahun sehingga sekarang, mereka adalah di dalam keadaan bersyukur. Mereka mengundi Umno bukan kerana ide nasionalisme, tetapi kerana membalas budi. Barisan Nasional memberikan kerakyatan dan hak sebagai rakyat Malaysia yang telah membolehkan mereka mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik berbanding dengan keadaan di negara asal. Untuk itu mereka menepati janji untuk membalas budi setiap kali dalam masa lima tahun. 


Mereka dalam keadaan bersyukur, dan akan membalas budi yang ditabur oleh BN melalui Madey, dan akan menepati janji semampu mungkin. Tepatlah, "Budi Ditabur Janji Ditepati". Tetapi Pas boleh mendekati mereka untuk menyemai dan menguatkan rasa bersyukur kepada Allah, bukan kepada Umno / Barisan Nasional. Lagi pun itulah sebenar-benar syukur yang patut ada pada diri manusia. Bersyukur kepada Barisan Nasional itu menyekutukan Allah SWT, boleh masuk dalam wilayah syirik tu. Di kawasan-kawasan yang mempunya ramai 'pengundi baru' dan 'pengundi hantu' sentimen keagamaan adalah lebih kuat kesannya berbanding dengan semangat nasionalisme.
Dalam Pakatan Rakyat, hanya Pas yang boleh memainkan peranan sebaik-baiknya kepada golongan ini. Ide nasionalisme tidak jalan, Idea kesamarataan dan perubahan juga tidak pasti jalannya. Akan tetapi teras perjuangan Pas adalah agama. Agama yang dimaksudkan ialah Islam. Secara langsung Pas boleh mendekati mereka dengan senang kerana dipercayai hampir semua yang dicurigai sebagai  'rakyat baru' adalah berasal sama ada dari Filipina, Indonesia, Pakistan mahupun  India dan dipercayai beragama Islam.
Di sinilah kelebihan Pas berbanding dengan KeAdilan, DAP malah juga parti-parti pembangkang Sabah yang lain. Cuma Pas haruslah beroperasi dengan bijak, supaya nanti jangan sampai dianggap oleh rakyat Sabah yang lainnya sebagai sebuah parti yang membela 'pendatang asing'.

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena