Tuesday 16 April 2013

* Video Panas Pendokong UMNO Isytihar Perang Terhadap BN...Bermula Pemberontakan Di Tasek Gelugor!

Rabu, 17 April 2013







Kami akan pastikan calon BN tewas-Shariff Omar
Umno/BN Bertambah Lunyai: 3 Pemimpin BN Isytihar Perang Parti Sendiri
Susan Loone
Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.
Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.
NONEMohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.
Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).
NONE
Manakala Shariff (atas) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.
Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.

Ekoran itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.
Ia juga sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di mana Umno dan Gerakan bertanding.
-malaysiakini-
PRU 13

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena