Monday, 15 April 2013

* Video Updated Najib 'Diugut' Penyokong Sendiri - N32 Seri Setia..Nak Pakai Baju BN Pun Malu...

Isnin, 15 April 2013

Najib 'Diugut' Penyokong Sendiri
Sekumpulan penyokong BN hari ini berhimpun di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno dan "mengugut" tidak akan memberi sokongan kepada parti itu sekiranya calon pilihan mereka tidak terpilih bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Kelana Jaya itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon.
Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.

Penyerahan watikah tersebut bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu mempersiap jentera mereka.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang.
Menurut mereka, dua individu berkenaan "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di situ.
"Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih.
"Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal.  Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail.
Mereka yang berhimpun di luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka.
"Kami tak mahu keluar mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan tersebut.
Razak Baginda yang saya kenali dan hantu Altantuya yang wajib Najib kebumi
Salah seorang peserta perhimpunan tersebut turut memberitahu Malaysiakini bahawa Tengku Riduan telah mengadakan pertemuan dengan ketua pusat mengundi di DUN tersebut malam tadi dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut.
Mereka mendakwa pertemuan itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari ini.
"BN dan Umno boleh menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari.
Mereka juga melaungkan bantahan bahawa mereka "bukan membantah BN tetapi membantah calon itu".
"Kami sayang Umno, kami sayang BN," kata salah seorang peserta.
DUN Seri Setia mempunyai 16 pusat daerah mengundi.
 Posted by jeebond.

Ahli Umno: "Kami tak mahu keluar mengundi, nak pakai baju Umno dan BN pun malu"
DUN Seri Setia


Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Seri Setia itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon.
Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang.

"Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih.
"Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal.  Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail.
Kerajaan Rakyat
Aik Pakai Baju BN pun Malu, Meh Tengok Nih...
Orang Asli Pakai Baju Tulis 'Adik Sayang Tok Guru'

Orang Cina pakai baju PAS, tak ada orang Cina pakai baju UMNO

DULU NAK TENGOK KAUM INDIA SOKONG PAS PUNYALAH PAYAH, 

Kani Orang India seru orang Melayu, sokonglah PAS


Kreatif!! Buah Mangga Dan Epal Bertukar Jadi Bendera PAS
Posted by Addin Deen at 4/15/2013
KUALA LUMPUR: Tersebar di Facebook hari ini dua keping gambar kempen yang menambat hati warga maya.Gambar pertama di ambil oleh Ustaz Afnan Hamimi ketika menyantuni pengundi Cina di Kepala Batas.
Pengundi cina sedang mengecat warna putih di buah mangga di luar rumahnya menandakan sokongan pada PAS.
Gambar tersebut mendapat 184 Likes dan 434 shares di Facebook Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyiarkan gambar itu terlebih dahulu.
Kemudian gambar itu menjadi kegemaran warga maya apabila mencatat 2,188 Likes dan 878 shares di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan 2,090 Likes dan 211 shares di Facebook Harakahdaily.
Gambar kedua pula ialah 3 epal hijau yang ditampal sticker putih ditengahnya melambangkan bendera PAS.
Gambar itu dishare oleh seorang aktivis berbangsa Cina di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim setelah melihat gambar ‘mangga PAS’.
Gambar tersebut juga disambut ramai dengan 909 Likes di Facebook Ustaz Tuan Ibrahim dan 1,040 Likes di Facebook Harakahdaily. ~harakahdaily
UMNO MACAM DAH TAHU-TAHU DIA NAK TUMBANG!!!!!.. SIAP UCAPKAN SELAMAT JALAN DAN TERIMA KASIH!!!!

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena