Sunday, 28 April 2013

Jentera BN Kuala Kangsar LUMPUH: NAJIB Tergesa-gesa Ke Kuala Kangsar Hari Ini! - Datuk Kamilia Lepas Tangan...

Sabtu, 28 April 2013
Kapal UMNO Dah Terbakar!


Protes Menggila Ahli Umno..
Kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar semalam telah membuktikan jentera BN di situ bermasalah (Gambar sekadar di pinggiran..he3)

Ini berikutan tindakan bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas dan keluar parti serta meletak semua jawatan yang disandang kerana kecewa tindakan Umno yang membelakangi suara wanita.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, disebabkan itu Najib terpaksa mengadakan kunjungan mengejut ke Kuala Kangsar dalam siri jelajah beberapa kawasan di Perak walaupun pada awalnya parlimen itu tiada dalam jadual jelajahnya.

Menurutnya, Najib mengakui tindakan mengejut Kamilia itu telah memberi kesan besar kepada Umno khususnya di Kuala Kangsar menyebabkan jentera BN di situ mempunyai masalah.

“Pada asalnya jadual Najib di Perak tiada di Kuala Kangsar tetapi sehari sebelum itu dalam keadaan tergesa-gesa Najib umumkan akan turun singgah di situ.

“Najib sedar tindakan Kamilia itu memberi kesan besar kepada BN dan kerana itu beliau terpaksa turun ke Kuala Kangsar bagi memujuk jentera BN yang ketika ini sangat bermasalah,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Zamri Ibrahim dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu menjelaskan, Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil juga telah turun ke Kuala Kangsar beberapa hari lalu dengan tujuan untuk memujuk ahli serta jentera wanita Umno untuk menerima kenyataan dan keputusan yang dibuat oleh parti.

Kata beliau dalam pertemuan itu, terdapat beberapa ‘babak sedih’ berlaku apabila ada yang menangis kemungkinan disebabkan tindakan Umno khususnya Najib yang membelakangi serta mengkhianati suara wanita akar umbi.
“Kami mendapat maklumat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan turun ke parlimen itu serta beberapa pimpinan lain termasuk dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.
Kata Raja Iskandar, hasil daripada pemerhatian pihaknya, terbukti BN khususnya jentera wanita masih lumpuh dan tidak bergerak walaupun sudah masuk minggu kedua hari berkempen.
Kata beliau, banyak bilik gerakan juga telah ditutup kemungkinan protes terhadap tindakan BN yang membelakangi suara akar umbi khususnya wanita.
PAS Perak katanya melihat suasana tersebut membuktikan BN sangat terkesan dengan tindakan Kamilia.
“Beliau (Kamilia) berkempen setiap masa dengan jenteranya khususnya ahli keluarnya dan sikap tabah serta semangatnya ternyata memberi kesan kepada orang Umno itu sendiri khususnya wanita yang bersimpati dengannya.
“Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan ahli wanita Umno yang menyokong beliau,” jelasnya lagi.
Tegasnya, PAS Perak melihat akan berlaku saingat sengit antara calon PAS iaitu Drs Khalil Idham Lim dengan Kamilia, bukannya dengan calon BN pada pilihanraya kali ini.
Nukilan Oleh Juragan pada 5:10 PTG


 photo Header_zps1184082a.gif
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena