Friday 26 April 2013

Takbir Allahuakbar Bergema Di Putrajaya, BN Mula Gelabah....UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang!

Jumaat, 26 April 213
Putrajaya  & Gelang Patah Merisaukan Pemimpin Tertinggi Umno/BN
Husam Musa diiringi oleh ribuan penyokong di Putrajaya

Husam Musa Di Pusat Penamaan Calon 

Gelagat Penyokong Husam Musa Di Penamaan Calon
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.
Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.
“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.
Ketika bacaan doa Dato Husam Musa P-125 Putrajaya, beliau menitiskan air mata
"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Gambar!!! : Sebahagian Ribuan Penduduk Putrajaya Hadir Ke Ceramah PAS
Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.
Tengku Adnan (kanan) dan Husam bersalam selepas menyerahkan borang penamaan calon

Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya
Ceramah Pas di Putrajaya yang baru diadakan oleh Husam Musa
"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.
Berita sambutan ceramah di Desa Pinggiran Putrajaya
Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.
Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.
Ceramah umum Putrajaya bersama Dato Husam Musa, serta Mat Taib 
“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Ceramah umum Putrajaya bersama Dato Husam Musa, serta Mat Taib 
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.
 Pandangan dari atas Padang Presint 9, Putrajaya ketika Ceramah
“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.
Bertempat di rumah Datuk Salleh, No 19, Jalan P18H1/6, 
Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.
Lim Kit Siang di Gelang Patah
CERAMAH ANJURAN PAKATAN RAKYAT DI JOHOR 
“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.
 Inilah rakaman gambar ceramah anjuran DAP di Taman Sentosa,
"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.
Setelah Lim Kit Siang berjaya menawan perasaan Cina Johor malam tadi 
Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.
CERAMAH oleh Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang 
“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.
SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik 

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena