Tuesday, 16 April 2013

Zul Noordin PERKASA: Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya & *Video Zul Hina Kaum India Pulak TU!

Selasa, 16 April 2013
Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?


KUALA LUMPUR: Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin (gambar), ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.
Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.
"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.
Muka suratkhabar lama..
"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?
"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.
Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.


Faizal Tahir bengang Zul Noordin calon Shah Alam
April 16, 2013 admin
FaizalTahir

Sebenarnya tanggapan Ekeleh.com separuh silap!! Silap kerana menganggap si katak tidak akan diambil oleh BN untuk menjadi calon. Zulkifli Noordin bernasib baik kerana BN tergamak menjadikannya calon BN untuk Parlimen Shah Alam. Ibrahim Ali menangis tak berlagu kerana terpaksa menjadi calon bebas di Pasir Mas. Ummi Hafilda usah cakap, langsung tak dilayan BN.
Hanya bodekan Zulkifli yang menjadi.
Apabila Zulkifli menjadi calon BN untuk Parlimen Shah Alam, ada artis UMno yang bengang. Faizal Tahir salah seorang daripadanya. Kalau dia bukan peminat UMno tentu dia tak bengang dan rasa terhina dengan pencalonan Zulkifli. Buat apa bengang, pengubatnya tentulah Khalid Samad yang jauh lebih baik untuk dipangkah Faizal Tahir sebagai wakil di Parlimen.
Orang-orang UMno Shah Alam sendiri tentunya terkilan dengan pencalonan Zulkifli Noordin. Dah tu apa lagi……ingatlah PR sebagai ganti!!

Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/faizal-tahir-bengang-zul-noordin-calon-shah-alam/#ixzz2Qd5RftsR
Follow us: Ekeleh.com on Facebook
PRU 13

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena