Thursday, 11 April 2013

"Tak Kebuloq Tak Dapat BR1M, Tak Kelapaq Jika Tak Sokong UMNOBN"...

Khamis, 11 April 2013
Dua buah bendera PAS berkibar megah menghiasa depan rumah di pulau Batu-Sapi. 
Menyedari rezeki itu di tangan Tuhan, bukan di tangan UMNO BN, mereka memanifestasikan "tak kebuloq tak dpaat BR1M, tak kelapaq jika tak sokong UMNO BN".
indah.com.
Peta Sempadan SPR
Jom Ubah
Penduduk Pulau Di Batu SAPI Kini Mesra PAS
Oleh: Krangkang Batrusi

SUNGGUHPUN bukan musim pilihanraya, PAS Batu Sapi telah turun padang memberi bantuan kepada penduduk di beberapa pulau di kawasan ini.
Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Haji Hamzah Abdullah itu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung di semua pulau. 

Walaupun kunjungan kali ini datangnya daripada parti pembangkang, perasaan takut terhadap Parti Islam itu tidak kelihatan lagi di wajah penduduk kampung.


Berucap semasa majlis ramah mesra bersama penduduk kampung, Hamzah menegaskan bahawa PAS hadir kepada masyarakat semata-mata atas kesedaran ingin membantu meringankan beban rakyat tanpa mengira jenis keturunan dan perbezaan agama.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi berkata, PAS sedia membantu rakyat yang lemah dan tertindas walaupun tidak memiliki sebarang kemudahan lengkap seperti parti pemerintah sekarang.

“PAS sebagai parti kebajikan dan dakwah akan sentiasa membela hak rakyat terutamanya yang berkaitan dengan isu tanah, geran, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya lagi

Di dalam kunjungan tersebut juga, rata-rata penduduk yang ditemui mengadu tentang kejahatan Umno yang suka menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Pembohongan ini sering dilakukan kepada mereka lebih-lebih lagi pada musim pilihanraya. Mereka sedar bahawa pembohongan yang dilakukan oleh Umno hanya merugikan masa depan penduduk di situ.
Menurut salah seorang penduduk, di tempat mereka sahaja sudah berkali-kali wakil YB datang melihat dan mengambil gambar rumah. Kononnya, beberapa rumah penduduk kampung layak menerima bantuan kerajaan. Namun sehingga kini, janji hanya tinggal janji.

Turut hadir bersama rombongan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Wahid Rafaie.
Tranung.
PAS For All | PAS Untuk Semua
Suasana politik di Sabah memihak kepada Pakatan
images
KUALA LUMPUR: Perkembangan politik terkini di Sabah terhadap pembangkang cukup dinamik dan keadaan ini memberi potensi besar kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negeri itu begitu meyakinkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, sokongan dan kerjasama antara parti-parti yang bertanding di Sabah dengan PAS cukup memberangsangkan dan suasana ini akan memudahkan kemenangan selesa kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.
“Apa yang lebih penting sebuah parti yang bertanding mesti fokus kepada kemenangan di Sabah. Lajim juga bergembira dan berpuas hati dengan dengan kerjasama yang diberikan PAS khususnya sokogan yang begitu baik oleh PAS,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS di sini petang tadi. 
Sumber: Harakahdaily,
 Ceramah Presiden PAS di Kota Belud, Sabah mendapat sambutan. 

Takbir...Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena