Kenyataan Dato' Husam Musa
Calon PAS P-125 Putrajaya
Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
y STAFF BERITA SEMASA
in ADUAN & TUNTUTAN
Garis Panduan Penyediaan Banner
Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, “hukumnya” akan menjadi persamaan seperti di bawah ini :
“Parti = Kerajaan = Negara”
Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain?
Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor
P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin?
PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua?
BAN Politik ~ Adakah Ini Tidak Menyalahi Perintah Am Penjawat Awam.
Aku tak tau samada ni sahih atau ke tak. Ko nak tahu kesahihan, ko msg tanya king jason kat facebook dia. aku cuma tunjuk apa yang dinyatakan oleh king jason. Kenapa aku tunjuk yang BN, dan kenapa aku tak tunjuk yang BN.
Semua org tau, BN suka mempergunakan sekolah untuk kempen mereka. Ceramah sikit kat sekolah mesti ada kempen BN. Dah memang sinonim sejak aku buta bodoh undang-undang masa kecik dulu, hinggalah sekarang.
Perlukah BN menyalahguna kuasa sehingga sedemikian demi menyatakan mereka adalah kerajaan terbaik. Sedangkan rakyat semakin bertambah menolak struktur pentadbiran lapuk geng umporno.
Paling membosankan adalah lagu tentang pemberian BR1M, pemberian pelbagai inisiatif dari BN. Setiap kerajaan yang menjadi leader dalam malaysia memang wajib buat kerja tu semua. Apa yang rakyat wajib dapat, kerajaan wajib beri dapat membuat video ihsan belas kasihan.
Paling aku rasa BN ketandusan idea adalah dengan membuat siaran langsung pasal Tun Mahathir semalam. Jelas terpampang pemimpin umno yang ada sekarang haprak, tidak dapat berhujah sebaik Tun dan terpaksa meminta Tun untuk membantu.
Jika benar BN berkaliber, aku cabar BN mengubah cara promosi dengan mengadakan debat terbuka dengan semua lawan mereka. Terutama sekali Najib dan Anwar.
Labels: BAN Politik &
by STAFF BERITA SEMASA
Kad Diskaun Pesara Kerajaan
0 comments:
Post a Comment