Monday 22 April 2013

Artis Melayu Mula Main Politik: BN Zalimi Artis ProUmno!..Takut Berubah

Isnin, 22 April 2013
Legasi Artis Melayu Berpolitik Tetapi Masih Takut Untuk Berubah
Harapan Aje La...Tapi Masih Berharap
SitiNurhaliza_PR
“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan. Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing”, kata Siti. –  - mD
Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/kerajaan-terbaik-siti-nurhaliza-undi-pr/#ixzz2R7MUyIUK 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook

Politik Berprinsip Atas Pagar...Menagih Simpati

PRU-13: Herman Tino Dapat RM10,000 Untuk Bertanding Selepas Dua Rakan Gadai Kereta
Jamal Abdillah Tetap Pilih BN
Herman Tino bakal memperkenalkan tiga manifesto untuk masyarakat Tanjong Karang sebagai bahan kempennya menjelang pilihan raya.



PETALING JAYA: Penyanyi era 80-an Herman Tino memperoleh wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang dekat sini dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada5 Mei depan selepas dua rakannya sanggup menggadaikan kereta mereka.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, pengorbanan yang telah dilakukan oleh dua sahabatnya itu telahmenaikkan lagi semangatnya untuk berkempen dan seterusnya memenangi hati penduduk di kawasan tersebut.

"Terus terang saya memang tidak mempunyai wang untuk bertanding tetapi pengorbanan dua sahabat yang sanggup menggadaikan kereta mereka cukup membuatkan saya terharu.

"Selain RM10,000 dibayar sebagai wang taruhan saya juga perlu membayar RM5,000 sebagai deposit bahan untuk berkempen," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Herman Tino yang memegang tiket Bebas bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru di kerusi penyandangnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49.


Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).
Politik Oportunis Melayu...Sampai Bila?
PETALING JAYA: Bintang pop nombor satu negara Jamal Abdillah akan tetap memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei depan kerana yakin dengan kepimpinan parti itu mentadbir negara.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, keyakinan itu timbul selepas melihat kemajuan dan pencapaian negara selepas 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
“Walau apa pun terjadi saya tetap sokong kerajaan sekarang. BN dah lama mentadbir negara dan apa yang kita nampak (kemajuan) sekarang ialah hasil kejayaan negara kita perintah,” katanya kepada mStar Online.

Dayangku Intan Tidak Gentar 'Lawan' Azalina Othman
PETALING JAYA: Penyanyi Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini kerana yakin terhadap pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang artis.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami,” jelasnya yang berada di Pengerang ketika di hubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada PRU-13 ini, Parlimen Pengerang menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Azalina dari Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).
Dayang berkata, dia berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasan berkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.
Isa Samad lawan Aishah di Jempol
Isa Samad dan Aishah
Isa Samad dan Aishah
SEREMBAN – Spekulasi sebelum ini yang mengatakan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad akan kembali bertanding kerusi Parlimen Jempol akhirnya menjadi kenyataan, semalam.
Keputusan itu bukan saja menyaksikan Mohd Isa kembali semula ke kerusi sama yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum 2004, malah lebih menarik, beliau akan bertemu dengan penyanyi popular era 90an, Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah yang bertanding di bawah tiket Pas.
SinarOnline.
Artis terkenal bertaraf antarabangsa dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.
Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.
image
Aung San Suu Kyi,
Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

 Alan Tam
Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.

Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Gigi Leung
Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Mayday
Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. -jalanpulang
Mayday

Jozan Fan Page
INI DIA PAKATAN RAKYAT: TOK GURU NIK AZIZ
Daripada Jozan Fan Page:
Admin tiada niat untuk menyokong mana2 parti..Admin just nak share sahaja coz admin sgt2 RESPECT TUAN GURU..

*RESPECT EACH OTHER*

Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini...

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 )

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t

with thanks to : Jozan Fan Page
 BN Tidak Mencalonkan Artis Melayu ProUmno PRU13

Masa Untuk Berubah!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena