Wednesday, 17 April 2013

*News SANA-SINI Melawan BN - Umno Terus BERGOLAK Di SELURUH NEGARA!

Rabu, 17 April 2013
Umno Terus BERGOLAK Di SELURUH NEGARA!

Meneliti senarai calon yang ditampilkan Umno dan Barisan Nasional (BN) semalam, rupanya protes demi protes terbuka sudah dijangka hampir di seluruh negara.

Tindakan Pengerusi BN, Najib Altantuya kononnya hanya akan mengumumkan senarai calon BN enam hari sebelum penamaan calon bagi mengelakkan sabotaj dan protes nampaknya memakan diri.
BoikoT UMNO product Fans Club. 
Bukan setakat MCA Wangsa Maju dan Gelang Patah sudah menghentikan gerak kerja kempen, malah ia turut berjangkit dalam Umno sendiri!

Mendahului senarai ialah Umno bahagian Shah Alam yang dikatakan hampir 'lumpuh' ekoran perlantikan naib presiden Perk@sa, Zulkifli Noordin sebagai calon BN parlimen majoriti Melayu itu.

Setakat ini, lapan bilik gerakan BN di parlimen itu dikhabarkan sudah ditutup sejak petang semalam sebagai tanda protes terhadap pencalonan Zulkifli.
Lain pula halnya dengan BEKAS timbalan menteri pertanian, Mohd Shariff Omar yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas menentang calon BN, Shabudin Yahya di parlimen Kepala Batas.

Shariff yang dijanjikan oleh BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi bahawa Nor Mohamed Yakcop cuma akan dicalonkan selama dua penggal sebelum diserahkan kembali kepadanya terasa ditipu hidup-hidup.

Ramai yang tahu, Shariff rapat dengan Anwar Ibrahim masa dalam Umno dulu, Sharif naik zaman Anwar jadi Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang, cuma lepas Anwar kena pecat, Shariff bernaung bawah payung Abdullah.
Shariff, 66, adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1995 hingga 1999 dan sebelum itu, exco kerajaan negeri dari 1982 hingga 1990.

Lepas Anwar dipecat, Pak Lah bawa Shariff ke peringkat nasional jadi Timbalan Menteri Perhatian, namun sepak terajang politik Shariff tidak hebat mana di peringkat nasional, pada 2008, beliau tidak dipilih oleh Pak Lah untuk bertanding di Tasek Gelugor diganti dengan Nor Mohamad.

Shariff kemudian kalah pertandingan Ketua Umno bahagian dan kini hanya ketua Umno cawangan Pengkalan Haji Hassan.
JALAN PULANG
MMI
Antara Kianat & Di Kianati - Shariff Omar Umum Bertanding ??!!!
Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Sharif Omar, malam tadi mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU-13 ini. 
Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama dua penggal dari 1999 bagaimanapun masih belum memutuskan parti mana yang akan diwakilinya.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih BN. 
“Saya tidak menolak kemungkinan yang kawasan ini akan berdepan dengan persaingan tiga penjuru di setiap DUN dan Parlimen Tasek Gelugor,” katanya. 
Hadir sama, bekas ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed. 
BN mempertaruhkan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya di Tasek Gelugor, manakala PAS meletakkan Datuk Abdul Rahman Maidin. 

Pada PRU-10, Mohd Sharif menang dengan majoriti 4,236 Undi. 
Pada PRU-11, Mohd Sharif mengekalkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor dengan menewaskan calon PAS, Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti undi 10,183. 

Bagaimanapun, pada PRU 2008, Mohd Sharif tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.BH

Pelik dan ganjil mengapa mereka-mereka yang di gelar pemimpin sanggup pula membelakangi keputusan pemimpin yang jauh lebih tinggi dari mereka sendiri ? MMI sebagai anak muda dan jutaan anak-anak muda lainnya melihat ianya sebagai satu pengkianatan oleh pemimpin kepada kami kerana selama ini kita di ajar untuk patuh dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan.

Barangkali akan ada yang tidak berpuas hati dengan komen MMI seterusnya namun atas nama anak muda MMI akan menggunakan medium ini untuk melahirkan rasa tidak senang dengan sikap sesetengah pemimpin yang nampaknya sudah semakin hilang pertimbangan.

Apakah himpunan semalam benar-benar mendapat sokongan rakyat ? Jika di amati ianya hanya mengumpulkan tak lebih dari 700 orang.Malah dalam kehadiran itu MMI boleh mengesahkan 20% darinya adalah mereka-mereka dari kalangan parti pembangkang.Manakala 10% terdiri daripada pasukan keselamatan dan juga orang-orang UMNO yang taat setianya kepada parti hadir untuk melihat sejauh mana pemimpin terlibat bertindak.
Jangan lupa 10% lagi adalah mereka-mereka yang langsung tidak ada kena mengena dengan parlimen Tasek Gelugor dan di datangkan dari luar kawasan.
Dari pengamatan MMI kehadiran dalam himpunan tersebut tidak sampai 1% daripada keseluruhan rakyat dan pengundi dalam Parlimen Tasek Gelugor yang mencecah lebih dari 50 ribu orang.

Oklah kita tinggalkan tentang tu , seperkara lagi semalam juga telah mengesahkan bahawa mereka-mereka yang sebelum ini menaikkan banner menolak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebenarnya didalangi pemimpin-pemimpin dalam gambar diatas.MMI ada buktinya dan gambar berikut adalah jawapan kepada siapa sebenarnya dibelakang gerakan sabotaj parti selama ini.
Mungkin tidak semua pemimpin diatas terlibat dalam gerakan sabotaj parti tersebut namun MMI yakin ianya mendapat restu dari tuan tubuh.

Persoalan yang MMI mahu ajukan kepada mereka-mereka yang terlibat adalah mengapa bertindak sedemikian ? Bukankah sebelum ini kami barisan anak muda diajar supaya mematuhi arahan pemimpin ? Bukankah selama ini kami diajar supaya bekerja untuk parti ? Bukankah selama ini kami di ajar untuk menghormati Presiden parti ? 
Cukuplah !! Banyak lagi jika MMI mahu dedahkan tapi kini MMI sebagai anak muda tahu bahawa mereka-mereka itu adalah PENGKIANAT parti.Untuk makluman MMI bukan menuduh sebarangan kerana pemimpin seperti mereka inilah yang dulunya memberikan nasihat supaya mematuhi keputusan pemimpin dan mungkin pada ketika itu mereka masih menjadi wakil rakyat serta berkuasa.

Kepada pihak berwajib khususnya parti UMNO inilah masanya untuk melakukan pembersihan nyahkan parasit-parasit ini segera kerana perjuangan parti masih jauh dan kita perlukan pasukan yang terbaik bagi membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang.
MMI.
Terbaru, Umno bahagian Sungai Petani pula bergolak sakan setelah nama Dr Shamsul Anuar Ismail diletakkan bertanding di kerusi parlimen itu menentang bekas penyandang dari KEADILAN, Johari Abdul.
Keadilan
Dr Shamsul ditolak beberapa pemimpin Umno bahagian kerana mereka mahukan calon pilihan, Shahanim Mohd Yusof sebagai calon mereka.
Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan pejabat Umno bahagian dipercayai penyokong Shahanim yang juga naib ketua puteri Umno Malaysia sebagai tanda bantahan.
Dipercayai tindakan penyokong Shahanim ini bakal memberi laluan cerah buat Johari untuk mempertahankan kerusinya buat penggal kedua berturut-turut.

Demonstrasi aman yang bermula jam 10.45 pagi tadi terus mencalar imej Umno dan BN sekaligus hinggakan kepimpinan Umno bahagian kini dipercayai terpecah dua.

Menurut akhbar The Star, penyokong Shahanim yang tidak berpuas hati dengan keputusan Najib Altantuya itu mengugut akan memboikot Dr Shamsul semasa hari penamaan calon 20 April ini.
Juga di Kedah, kali ini melibatkan calon BN bagi DUN Ayer Hitam yang juga anak kepada BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad tidak ketinggalan turut menyatakan bantahan aman semalam.
Mukhriz yang diletakkan sebagai calon di kubu kuat PAS itu nyata tidak disenangi penyokong Umno kerana ia seakan menguburkan karier politiknya biarpun disebut bakal dilantik menteri besar sekiranya BN kembali berkuasa di negeri jelapang padi itu.

Di Sabah pula, keadaan hampir serupa berlaku.
Menurut pemimpin KEADILAN, parlimen Tenom kini bergolak setelah ketua pemuda Umno bahagian, Jamawi Jaafar tidak disenaraikan sebagai calon parlimen itu.

BEKAS penyandang, Raimie Unggie kekal sebagai calon mengenepikan Jamawi.

Dalam satu posting terbarunya, pemimpin KEADILAN itu menyatakan:

"Perlimen P. 181 Tenom dari UMNO Datuk Raimi Unggie. Hancur lebur terkulai layu hasrat Jamawi Jaafar sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak terpilih sebagai calon. Semua poster gambar Jamawi sudah dicetak. Saya bersimpati dengan keadaan sedemikian."

Dipercayai pemberontakan besar-besaran sedang dilakukan penyokong Jamawi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan BEKAS ketua menteri, Musa Aman menyenaraikan semula Raimie yang sudah ditolak sebahagian besar pengundi di kawasan itu.

Sementara pengundi Umno di parlimen Sekijang, dalam daerah Segamat telah menyatakan penolakan mereka terhadap calon yang di'suap'kan kepada mereka oleh BN.
Bantahan ini bukan sahaja datangnya dari satu kaum (Melayu) bahkan oleh pelbagai kaum yang berada di parlimen Sekijang turut memprotes keputusan BN itu.

Beberapa kain rentang telah dinaikkan oleh mereka yang tidak puas hati dengan calon yang akan mewakili mereka untuk DUN dan juga Parlimen.

Pergolakan dalam Umno tercetus apabila BEKAS ahli parlimen Sekijang, Baharum Mohamad tidak terpilih dan digantikan dengan Anuar bin Manap (Presiden MBFM), manakala Ayub kekal di DUN Kemelah 
JALAN PULANG
PRU 13

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena