Wednesday, 17 April 2013

Kah! Kah! Kah! Nasib Malang 4 Ekor Katak Perak... 'Hilang madu sepah dibuang ke longkang'

Rabu, 17 April 2013
Nasib Malang 4 Ekor Katak Perak
IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.
Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.
Dalam pengumuman calon-calon BN semalam, kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.
"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.
Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.
"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media di sini.

Hee Yit Foong Mengamuk Sakan



Bhai... Lu ingat tak kat Ah So Hee Yit Foong .... ala.... ah so Timbalan Speaker DUN Perak yang OKU tue.... yang keluar dan sabotaj parti pasai dier tak dapat kereta Toyota Camry tue... hahaha.... ala... ah so yang bedil muka orang lain dengan "penyembur lada" dalam DUN Perak tue.... ala... ADUN Jelapang tue haaa..... hahaha.... tak ingat lagi ker.... hahaha...
Hahaha... dah ingat kalu... nih bagi gua story samer lu... ader member gua .... member sekampung gua yang kerja kat Ipoh.... dier story kat gua menda serius nih.... semalam.... kecoh Hee Yit Foong mengamuk sakan pasai nama dier tak tersenarai dalam senarai calon PRU13 untuk BN Perak...
Punya la dier mengamuk dan marah..... macam-macam ayat sudah keluar....
Mana taknyer... kalu ikut perjanjian itu hari... nama dier ader dalam senarai calon PRU13... tup-tup... tetiba jer ilang ntah kemana.... bengang la dier.... Tau la dier boleh dapat pencen ADUN sebab dah berjaya jadi ADUN dengan lengkap.... tapi... setakat mana la tue...


Dier punya spending agak besar gak... macam mana nak tampung semua tue... Nak balik Jelapang dan jadi calon Bebas.... sure hilang wang deposit..... hahaha..... Mana tak bengang.... hahaha... skrang nih dengar citernyer dier sedang lobi Najib Razak... mana tau kot-kot boleh dilantik jadi speaker ker... jadi senator ker nanti kalu BN berjaya pegang Perak sekali lagi....
Hahaha.... kesian betul lar tengok katak OKU sekor nih.... hahaha.... kesian.... hahahaha.....

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/04/hee-yit-foong-mengamuk-sakan.html#ixzz2QhjKUWFc

PRU 13

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena