Monday, 22 July 2013

EMPAT "PENJIHAD" dituduh di MAHKAMAH SHAH ALAM atas pertuduhan dibawah AKTA CULIK yang boleh membawa HUKUMAN MATI!

Selasa, 23 Julai 2013
Tertuduh kelihatan menangis...
sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".
EMPAT "PENJIHAD ISLAM" TELAH DITUDUH DI MAHKAMAH SHAH ALAM ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA CULIK YANG BOLEH MEMBAWA HUKUMAN MATI!!!

Empat lelaki yang dituduh menculik dan mencederakan seorang anak muda Cina sebelum menconteng “Saya hina agama Islam” didadanya didakwa menculik di mahkamah Shah Alam hari ini. 

Mereka adalah Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Muneer di Seksyen 25 pada 15 Julai pada 4.30 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang boleh membawa hukuman maut.

Semasa prosiding, peguam suspek memberitahu Nurul Shahida Zainal anak guamnya mengadu dicederakan semasa dalam tahanan.

Majistret kemudian mengarahkan dua daripada suspek melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika dibawa masuk ke mahkamah, dua daripada mereka menjeritkan “Allahuakhbar” selama beberapa kali sementara seorang lagi tertuduh kelihatan menangis.

Keluarga mereka juga kelihatan sangat emosi.

Dilaporkan mangsa Ng Mun Tatt (gambar), 21 telah mengatakan beliau diculik kerana wang dan perkataan 

“Saya hina agama Islam” merupakan taktik oleh penculik agar beliau dipukul oleh orang awam jika mahu melarikan diri.-Omak kau
Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.
Dua lagi suspek masih bebas.
Menurut peguam negara, suspek  akan  dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam  atas kesalahan tersebut.
Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.
NONE
Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27.
Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Mengadu cedera
Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan.
Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.

Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.
Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.
Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".
NONE
Ng (atas), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.

Ng Mun Tatt Lelaki Cina Yang Dikatakan Menghina Islam Telah Di Pukul Oleh 8 Lelaki Melayu 
Ng Mun Tatt Lelaki Cina [GAMBAR] Yang Dikatakan Menghina Islam Telah Di Pukul Oleh 8 Lelaki Melayu Menaiki Toyota Alphard Kemudian Di Humban Di Lebuhraya DUKE Dalam Keadaan Berbogel | Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.
Gambar Lelaki Cina Yang Di pukul kerana menghina Islam
Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.
Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.
Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.
Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”
Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran  untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.
Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.
 P/S: Suasana hari ini begitu membimbangkan bibit-bibit perbalahan kaum semakin bertiup kencang, Moga -moga Allah melindungi negara kita daripada ditimpa bencana disebabkan kerosakan yang dibuat oleh manusia itu sendiri.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena