Tuesday, 30 July 2013

ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) Batalkan Jugak CEC DAP...

Selasa, 30 Julai 2013
ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini...
DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.

Zahid membuat pengumuman itu semalam semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.

"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," katanya.

Loke (kiri) enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.
Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.

Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.
Posted by jeebond at 4:32 pm



Guan Eng: ROS belum hantar surat, Zahid sudah buat keputusan

Lim Guan Eng (gambar) hari ini membidas pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya DAP mengadakan semula pemilihan parti kerana menurutnya ia bersifat dendam dan tidak rasional. 

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) sendiri belum menghantar sebarang surat arahan kepada mereka, tetapi bagaimana Ahmad Zahid boleh membuat keputusan sedemikian.
"DAP terkejut dengan pengumuman tidak berasas dan tidak matang oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Malah RoS sendiri pun tidak mengeluarkan sebarang surat kepada DAP mengenai keputusan itu, jelas sekali ini adalah satu tindakan salahguna kuasa dan penganiayaan politik," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lim mengecam Ahmad Zahid kerana bercakap tanpa memberikan sebarang alasan terhadap keputusan tersebut, serta bersikap melulu.
"Beliau bercakap tanpa sebarang alasan bertulis mengapa DAP perlu menjalankan pilihan raya parti yang baru," katanya....klik tajuk/..TMI

Malah, Lim mendakwa tiada sebarang surat yang disediakan oleh RoS kepada DAP supaya menjalankan pilihan raya semula.
"Semasa Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke, yang juga MP Seremban melawat RoS pagi ini di Putrajaya, dia diberitahu surat itu belum sedia untuk dihantar lagi.

"Adakah RoS menyerahkan profesionalism dan integriti mereka kepada Umno dan BN?" katanya.
Sebelum ini, penasihat DAP, Lim Kit Siang menjangkakan RoS sedang bersedia membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Lim menggesa semua pemimpin dan ahli parti bertenang, serta beliau sendiri akan memanggil satu mesyuarat tergempar CEC pada malam esok bagi membincangkan langkah seterusnya.
Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tahun lalu berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Pada April lalu, RoS membuat keputusan tidak membatalkan pendaftaran DAP dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). - 30 Julai, 2013.Dicatat oleh ustazcyber di 5:52:00 PTG
Pengarah ROS Ini Sanggup Jadi Barua..
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013.
Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. 

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru. 
Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.

Jelas sekali bahawa Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP akan menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP akan bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.
DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, saya telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.

DAP telah mengarahkan peguam kami untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya kami ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.
LIM GUAN ENG 


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena