Wednesday, 17 July 2013

PAS mahu tindakan lebih adil diambil terhadap orang Islam yang hina bukan Islam & Fitnah UMNO kian mengarut pada bulan Ramadan

Rabu, 17 Julai 2013
Islam adalah agama yang adil dan tidak sepatutnya wujud pendakwaan berpilih
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Mengikut laporan The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud yang mahu kerajaan bersikap adil terhadap semua pihak.
“Bila kita lihat apa yang berlaku, kalau orang Islam buat aduan, tindakan segera diambil tapi lain pula bila ada orang bukan Islam membuat aduan.

“Kita perlu cermin diri kita terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Islam adalah agama yang adil dan tidak sepatutnya wujud pendakwaan berpilih,” ujar Mahfuz yang juga Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, di Lobi Parlimen merujuk kepada kontroversi isu membabitkan blogger Alvin Tan dan Vivian Lee.

Dr Mariah pula berkata, situasi yang berlaku dalam negara ini menunjukkan berlakunya double standard pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka menangani isu sensitif.

“Kenapa wujud sikap pilih kasih terhadap mereka yang menghasut untuk membakar Bible? Begitu juga mereka yang mengguris perasan masyarakat Hindu? Hina agama lain bukan ajaran Islam,” tegasnya.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja itu merujuk kepada tindakan bekas Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin yang sering membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat bukan Islam.

Isu ini timbul rentetan tindakan pasangan blogger Alvin dan Vivian yang menerbitkan sebuah posting kontroversi sempena Ramadhan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.-Roketkini.com
Fitnah UMNO kian mengarut pada bulan Ramadan
DAP akan terus menjadi sasaran dan dihantui sentimen perkauman sehingga berlangsungnya pemilihan UMNO 
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Pendokong parti DAP diminta tabah mendepani cabaran masa depan dan bersedia menghadapi fitnah besar dan kecil bikinan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan DAP sasaran politik jahat mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, DAP akan terus menjadi sasaran dan dihantui sentimen perkauman sehingga berlangsungnya pemilihan UMNO kerana setiap pemimpin UMNO akan berlumba-lumba untuk berlagak ‘hero’ dan menjuarai apa sahaja isu yang boleh dibangkitkan.
“Mereka akan pukul buta DAP untuk jadi hero, namun saya berharap kita semua akan menghadapinya dengan tabah.

“Rakyat akan dapat membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Kita lihat akhbar pun kini berhati-hati dalam menyiarkan fitnah, kerana takut orang tidak akan percaya lagi jika fitnah itu berterusan,” ” ujar beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, UMNO bukan sahaja giat menyerang DAP dengan fitnah besar malah tidak melepaskan fitnah kecil.
“Seperti baru-baru ini apabila kita lantik seorang wanita muda, Nur Fitriah Abdul Halim, 26, sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru. Mereka kata saya buat begitu kerana nak jaga ‘macai’ iaitu bekas Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain.

“Tapi sebenarnya bapa dia (Nur Fitriah) bukan bekas Speaker, cuma kebetulan nama bapanya saja sama dengan nama bekas Speaker,” ujar Guan Eng mengulas fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menyerang apa saja tindak-tanduk pimpinan DAP.

“Apa saja kita buat, dia akan jatuhkan. Buat apa pun salah. Tapi ini juga satu lagi cabaran yang harus dihadapi,” ujar beliau sambil menambah bahawa pendokong DAP perlu menggunakan dua senjata untuk melawan fitnah tersebut iaitu kebenaran dan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.
Majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat DAP itu turut dihadiri rakan media serta Ahli Jawantankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, termasuk Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin, Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP), Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP), Tan Kok Wai dan ramai lagi Ahli Parlimen DAP dan Ahli Dewan Undangan DAP. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena