Wednesday, 31 July 2013

Polis tahan wanita rakam video ‘Anjing dan Aidilfitri’...Video inside

Rabu, 31 Julai 2013
Lawyer: Dog trainer arrested over 3-year-old Raya video
Pelatih anjing berusia 38 tahun dalam video itu ialah Maznah Mohd Yusof 
OLEH LEE SHI-IAN
JULY 31, 2013
LATEST UPDATE: JULY 31, 2013 06:01 PM
Seorang wanita hari ini ditahan berhubung klip video yang menunjukkan tiga ekor anjing melakukan pergerakan seolah-olah mengambil wuduk dengan takbir raya dan lagu hari raya menjadi latar belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan penahanan itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Klip tersebut dimuat naik di laman sosial YouTube semalam dengan tajuk Video Menghina Islam menerima reaksi dari pelbagai pihak.
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusof mengatakan perkara ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pelatih anjing berusia 38 tahun dalam video itu ialah Maznah Mohd Yusof yang menyatakan kepada pemberita hari ini, beliau sudah menurunkan klip video itu. – 31 Julai, 2013.
Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat
Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam 
untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena