Alasan Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.
Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!
Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut
Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!
Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda
Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.
Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!
Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.
Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi
Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
-Gempak
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/
Haram bagi wanita Islam sertai ratu cantik
KUALA LUMPUR 20 Julai - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
"Justeru itu pihak penguat kuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. - BERNAMA
“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?”
Dua Finalis Miss Malaysia Pertikai Keputusan Larang Sertai Ratu Cantik
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.
Miera Sheikh
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Oleh: AUDREY LEE
Sumber rujukan: Malay Mail
P/s: Tuan Mufti mana mahu jawab soalan ini?
Mia Sara Nasuha
0 comments:
Post a Comment