Friday 26 July 2013

PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India - Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac)

Jumaat, 26 Julai 2013
PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India

Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini akan dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.

PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan.Mk,

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena