Wednesday, 17 July 2013

DAP gesa kerajaan hapus PTPTN - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari...

Khamis, 18 Julai 2013
Pendidikan Bukan Untuk Dijual!

DAP gesa kerajaan hapus PTPTN, beri pendidikan percuma
Zairil Khir Johari
Zairil juga kecewa kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digunakan untuk membolehkan pihak berkepentingan menjadikan pengajian tinggi sebagai suatu perniagaan mengaut keuntungan semata-mata...

KUALA LUMPUR,  Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kecewa dengan statistik prestasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS negara yang dianggap indah khabar daripada rupa sedangkan Malaysia berhasrat menjadi hab pendidikan serantau.
Beliau juga kecewa dengan kemerosotan kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) daripada 307 pada 2007 kepada 326 pada 2012 berdasarkan QS World University Rankings sejak 2007 sedangkan Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan USM sebagai perintis program Accelerated Programme for Excellence (APEX) pada 2008.
Katanya, bukan itu saja, malah USM dan semua universiti di Malaysia gagal tersenarai dalam 400 universiti terbaik di dunia berdasarkan penarafan Times Higher Education (THE) sesi 2011/2012.

“Semakan QS University Rankings: Asia – 2012 pula menunjukkan hanya Universiti Malaya menduduki tangga ke-35 yang disenarai antara 50 universiti terbaik di Asia,” katanya ketika membahaskan usul junjung kasih titah Yang Dipertuan Agong, di Parlimen, semalam.
Menurut Zairil, sampai bila Kementerian Pendidikan harus berselindung di sebalik alasan perbezaan antara sistem yang digunakan dalam negara dengan sistem penarafan dan kriteria penilaian universiti di peringkat antarabangsa sedangkan sistem pengajian tinggi dan lingkungan akademia yang sedia ada tidak mampu menghasilkan pensyarah dan mahasiswa bertaraf antarabangsa kerana mereka ditindas dan dikongkong.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar warga akademik (termasuk mahasiswa) diberi suara yang lebih dominan dalam pemilihan Naib Canselor sebagaimana yang diamalkan kebanyakan universiti terkemuka di dunia bukannya pelantikan berdasarkan kecenderungan politik.
Gambar Najwa Latif Masuk UNITAR Sambung Belajar Di IPTS
“Mengenai IPTS, saya menyambut baik tindakan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini melaksanakan moratorium atau pembekuan terhadap permohonan baru IPTS awal tahun ini, namun khuatir dengan kualiti serta pemantauan IPTS sedia ada. Berdasarkan statistik, sehingga 30 November 2012, terdapat 37 universiti swasta, 20 kolej universiti swasta, tujuh kampus cawangan universiti luar negara dan sebanyak 414 kolej swasta di negara ini dan Menteri bertanggungjawab ketika itu, Datuk Seri Khaled Nordin sendiri mengakui bahawa terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa jumlah graduan yang dikeluarkan IPT adalah melebihi kehendak pasaran.

“Lambakan siswazah kolej swasta ini berlaku kerana orientasi pengajian tinggi swasta berteraskan keuntungan dan mengabaikan kualiti. Hal ini terbukti apabila kementerian sendiri terpaksa menarik balik beberapa kelulusan kolej swasta yang meragukan,” ujarnya.
Zairil juga kecewa kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digunakan untuk membolehkan pihak berkepentingan menjadikan pengajian tinggi sebagai suatu perniagaan mengaut keuntungan semata-mata kerana semua program di kolej swasta yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terus layak mendapat PTPTN. Jadi, PTPTN ini sebenarnya membantu kolej swasta dan bukan mahasiswa daripada mempertingkatkan persaingan dan kecemerlangan.

Berdasarkan statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan bilangan staf akademik IPTS pada 2010 yang berkelulusan PhD hanya 2,449 orang. Kebanyakan staf akademik IPTS terdiri daripada lulusan Sarjana (14,344 orang), Sarjana Muda (11,228), Diploma (1,271) dan kelulusan lain (3,700).
Beliau juga bimbang masa depan anak bangsa Malaysia yang terpaksa memikul bukan sahaja beban hutang PTPTN tetapi seumpama ditipu dengan janji manis, iaitu ijazah yang sebenarnya tidak laku.

“Saya menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan menstrukturkan semula pembiayaan pengajian tinggi dengan menghapuskan skim PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma. Namun, tindakan ini mesti disusuli usaha membaiki prestasi dan kualiti IPT agar hanya mereka yang benar-benar layak berada dalam IPTA, manakala mereka yang berkemampuan boleh memilih untuk ke IPTS yang dijamin kualitinya.
“Sehubungan itu, antara langkah kritikal yang harus diambil kerajaan adalah mengembalikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada IPTA dan IPTS serta memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), seperti yang pernah dinikmati universiti sehingga 1971,” tambahnya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Zairil sempat memetik kata-kata Rendra dalam puisinya:
V.S Rendra
Seseorang berhak diberi ijasah dokter,
Dianggap sebagai orang terpelajar,
Tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.
Dan bila ada tirani merajalela,
Ia diam tidak bicara,
Kerjanya cuma menyuntik saja.
Bagaimana? Apakah kita akan terus diam saja?
Mahasiswa-mahasiswa ilmu hukum dianggap sebagai bendera-bendera upacara,
Sementar hukum dikhianati berulang kali.-Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena