Syiah: Usaha halus pecahkan PAS
"Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh" - Tuan Ibrahim Tuan Man
Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.
"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.
"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.
Bagi beliau, hubungan Iran dan Hizbullah yang Syiah serta Hamas dan Jihad Islami yang Sunni dengan Syria adalah hubungan strategik masing-masing.
Jadi apabila Bashar bertindak ke atas rakyatnya termasuk membunuh mereka, ia adalah kerana pertentangan antara Bashar yang jahat dengan rakyatnya yang mahu bebas dari kuasa jahat itu bukannya kerana perbezaan mazhab.
"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.
Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.
Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.
Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.
Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.
Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.
Beliau menyifatkan ia hanya serangan politik terhadap parti itu.
Ketua Penerangan PAS itu berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.
"Saya kesal kenapa mereka memberi bayangan sebegitu. Ingin saya tegaskan sekali lagi tiada pemimpin PAS yang terlibat," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau juga berkata, "Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.” – MalaysiaInsider
Mat Sabu jawab isu Syiah ..
Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.
June 22, 2011
Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.
June 22, 2011
Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....
Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.
Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.
Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.
Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.
Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.
Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.
Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.
Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.
Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.
Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.
Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.
Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".
Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".
Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.
Detikdaily
0 comments:
Post a Comment