Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid TUDM Gong Kedak...
Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.
Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.
TUDM 11 Squadron Sukhois - Gong Kedak
Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.
Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.
Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.
Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.
Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM.
- hdaily
0 comments:
Post a Comment