Murid tahun 5 maut tersepit lif
Kerana Ada Yang Tamak.. Anaknya mati Angkara Lif Rosak..
Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.
Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.
“Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang.
Badan tersepit, lif tersekat
“Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat,” katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.
Saksi lain, Mohd Saifuddin Salim, 17, berkata beliau dan beberapa rakan cuba menenangkan kanak-kanak terbabit. Mereka terperangkap lebih 30 minit dalam keadaan sesak sebelum diselamatkan bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang dan sepasukan anggota dari balai Bandar Tun Razak sampai di lokasi lima minit kemudian.
“Dengan bantuan petugas penyelenggara lif, kita dapat menurunkan lif berkenaan ke tingkat paling bawah dan mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Mayat mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh lima minit.
“Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.Kedahkini.
Keluarga Mangsa Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Kes Budak Sekolah Maut Terputus Kepala Angkara Lif Rosak.
Mula2 baca berita neh aku dah tatau nak cakap apa. Air mata aku terkeluar. Aku tatau samada aku terlalu sedih atau takut atau rasa macam terkejut. Aku percaya, mana2 ibu atau bapa memang tak boleh baca berita macam neh. Dorang mesti sentap. Mesti automatik terfikir pasal anak sendiri. Mesti automatik rasa cemas dan rasa tak senang duduk lepas baca berita2 macam neh.
Ia terlalu menyedihkan sehingga kita tak tergambar dek kata2.
Ia terlalu menyakit ahti aku untuk tahu benda2 macam neh.
0 comments:
Post a Comment