Thursday, 18 July 2013

Pemuda PAS kesal jenayah bertopengkan agama.. & Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti hina agama lain dibenar...

Jumaat, 19 Julai 2013

Tidak ada individu yang boleh dikasari, dipukul atau dicederakan hanya semata-mata individu tersebut hanya suspek menghina Islam. 
hina islam 2

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kes seorang pemuda bukan Islam yang yang diculik, dikasari dan diconteng dengan kata-kata ‘saya hina Islam’ baru-baru ini.

Beliau tampil dengan menafikan telah menghina Islam, sebaliknya beliau menjadi mangsa oleh yang telah menangkap dan menconteng kata-kata tersebut di badannya untuk mengelirukan individu yang mahu membantunya.

“DPPM menganggap kejadian ini sebagai suatu jenayah yang tidak boleh diterima dalam masyarakat,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Katanya, apa yang lebih dikesali adalah penjenayah menjadikan isu agama sebagai bahan untuk menghalalkan tindakan mereka dengan menjadikan bukan Islam sebagai sasaran mereka.

Beliau berkata, sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan Ng Mun Tatt sebenarnya telah menjatuhkan maruah agama Islam serta menghina agama yang suci ini.

Menurutnya lagi, sama ada mereka beragama Islam atau tidak, mereka telah menjadikan masyarakat memandang serong dan menaikkan kemarahan masyarakat terhadap agama Islam.

“Mereka ini sebenarnya wajar ditangkap dan diadili dengan hukuman setimpal kerana merosakkan kemuliaan agama Islam serta perpaduan masyarakat di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya DPPM menegaskan, Islam amat mementingkan keharmonian, keamanan dan keselamatan semua warganya.

Beliau berkata, setiap warga negara sama ada beragama Islam mahupun tidak perlu dibela selama mana mereka menghormati nilai keamanan dalam negara ini.

Tambahnya, tidak ada individu yang boleh dikasari, dipukul atau dicederakan hanya semata-mata individu tersebut hanya suspek menghina Islam.

“Islam menghormati amalan agama lain sebagaimana itu juga yang dituntut oleh penganut agama lain terhadap Islam,” ujarnya lagi.
Katanya, kes yang berlaku ke atas Ng Mun Tatt sebenarnya tidak ada kaitan dengan pasangan yang menghina Islam iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee.

“Pasangan ini dengan jelas menyatakan kebencian dan penghinaan terhadap agama Islam serta kemuliaan bulan Ramadhan melalui laman sosial dan mereka wajar dihadapkan ke mahkamah atas tindakan mereka,” katanya.

Justeru, tambah beliau DPPM mengharapkan mangsa agar bersabar dan menganggap kejadian itu sebagai suatu jenayah kejam oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

DPPM juga, ujarnya mengingatkan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas isu yang berlaku sehingga mengheret isu agama dalam perbuatan jenayah mereka.Harakahdaily.
Gambar Ng Mun Tatt Lelaki Hina Islam Dibogelkan Dan Dipukul
Gambar Ng Mun Tatt Lelaki Cina Hina Islam Dibogelkan Dan Dipukul. Pada masa sekarang, kejadian penghinaan terhadap agama kini makin menjadi dan boleh menimbulkan huru hara. Selepas Alvin dan Vivian, kini muncul pula seorang pemuda yang berusia 24 tahun telah mencaci dan menghina islam di Facebook dan Twitter. Ng Mun Taat yang bekerja sebagai penjaga kaunter kafe internet di Taman Seri Muda, telah dilaporkan diculik di sebuah restoran ketika sedang makan bersama-sama teman wanitanya lebih kurang jam 3:00 pagi sebelum kena pukul dan dibogelkan ditempat lain
Punca Sebenar Kejadian
Ng Mun Tatt diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam sebelum di buang di Lebuhraya DUKE dalam keadaan bogel. Ketika kejadian, mangsa sedang makan bersama teman wanitanya  di sebuah restoran sebelum dilarikan menggunakan kereta model Toyota Alphart. Mangsa kemudian dipukul dan ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa dalam keadaan bogel. Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “Menghina ummat islam dan orang melayu di laman sosial Facebook dan Twitter”.
Ng Mun Tatt hina islam
Sumber: Gambar Ng Mun Tatt Lelaki Hina Islam Dibogelkan Dan Dipukul | melvister.com

Gagal bertindak ke atas Ibrahim bukti hina agama lain dibenar
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.


Beliau berkata, Kabinet mesti menolak sokongan Abdul Rahman itu kerana beliau gagal mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila menyifatkan kenyataan Ibrahim itu hanya membetulkan kesilapan cetak kitab Bible dan membakar adalah jalan terbaik sama seperti umat Islam membakar naskhah Al-Quran yang tersalah cetak.

“Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.
“Ibrahim tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

“Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kegagalan untuk bertindak terhadap Ibrahim boleh dianggap bahawa penghinaan terhadap agama lain selain Islam adalah dibenarkan di negara ini.

Beliau berkata, DAP menyokong tindakan terhadap pasangan blogger terbabit kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama.

Ahli Parlimen Bagan itu juga anggapan Abdul Rahman bahawa ancaman Ibrahim untuk membakar Bible sebagai normal jelas memperlihatkan kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam dan jelas mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.
“Rakyat Malaysia juga mempertikaikan kenapa pasangan anak muda itu boleh dihukum di atas apa yang mereka siarkan di Facebook, tetapi calon BN di Shah Alam Zulkifli  Noordin yang membuat kenyataan anti-Hindu di YouTube tidak pula dihukum.

“Jelas sekali BN mengamalkan ‘double standard’ serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.
“Yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam.

“Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal,” katanya.-Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena