Wednesday 17 July 2013

About an hour ago :Mesir - Kemenangan penyokong legitimasi dan kekalahan Kudeta semakin jelas....

Rabu 17 Julai 2013
Utusan Harian Mesir  telah mengiktiraf dan membawa liputan akhbar bagi pihak demonstran legitimasi.
Photo: Rampasan Kuasa Tentera versus Pro Demokrasi

"Mungkin darah kita adalah harga yang perlu dibayar untuk membangkitkan kesedaran di negara ini dan seluruh dunia." 

Sumber: Gehad El-Haddad
#mesirkini
Bibit kemenangan terzahir, Seorang wartawan Mesir dari kalangan penyokong legitimasi, Alaa Sadek menyenaraikan beberapa bukti bahawa kemenangan penyokong legitimasi dan kekalahan puak-puak perampas ataupun tentera semakin jelas.

Beliau berkata,"Media-media serpihan Mubarak ataupun dikenali sebagai fulul telah berhenti dari menyiarkan khabar-khabar palsu, sebagai contoh akhbar 'Syurouq' yang buat pertama kalinya menyiarkan khabar yg benar tentang perhimpunan-perhimpunan penyokong legitimasi, dan semua media-media fulul ini pastinya akan berpaling tadah dalam masa yg terdekat, bersama rakyat, dalam menyiarkan kemenangan kebenaran dan legitimasi sekaligus menjadi pengakhiran buat General Sisi.

Tambah beliau,"Sebahagian dari konsul-konsul negara teluk telah pun bersiap sedia untuk melarikan diri sebelum dihakimi oleh pejuang-pejuang sejati revolusi".

Beliau juga berkata,"Sesungguhnya seorang dari anggota kudeta telah pun mengumumkan bantahan dan ketidaksetujuannya terhadap pemerintahan tentera dan menegaskan bahawa parti-parti politik yang dahulunya bersama kudeta telah pun mengubah pendirian mereka, dan telah pun bersama demonstran legitimasi; membanjiri jalanan menentang pemerintahan tentera".

Beliau juga memberitahu bahawa pada 2 minggu yg lalu,
siaran televisyen rasmi 1 Mesir telah buat pertama kalinya membuat liputan tentang perkembangan demonstran legitimasi di Ramsis.

Begitu juga portal Al Ahram (Utusan Harian Mesir) yang telah mengiktiraf dan membawa liputan akhbar bagi pihak demonstran legitimasi.

Semua ini adalah petanda-petanda bahawa media-media fulul sudah mula berpaling tadah dari pihak tentera lantas menimbulkan persoalan, Apakah General As Sisi masih lagi berada di Mesir atau sudah pun melarikan diri?

Sumber : مفكرة الإسلام
#‎mesirkini

Photo: ‎Penyelaras hospital lapangan Hisham Ibrahim mengesahkan bahawa mereka telah menerima lebih 600 mangsa cedera hasil serangan pembunuhan beramai-ramai di Ramsis, dan tujuh syahid sejak pukul satu tengah hari tadi.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎
Puluhan samseng kini sedang berkumpul dari Medan Tahrir 
2 hours ago

Terkini : Puluhan samseng kini sedang berkumpul dari Medan Tahrir dan berlindung di belakang barisan polis, bersedia untuk mencetuskan kekecohan di antara rakyat sekitar dan para penunjuk perasaan yang berada di hadapan Hotel Semiramis.

Sumber: نبض رابعة
#‎mesirkini
Photo: Perhimpunan besar-besaran di Jalan Qasr el Aini menuju ke bangunan Kabinet Mesir bagi membantah kerajaan baru yang memulakan tugas pada hari ini.

Sumber : rightnow.io
#mesirkini
Demonstrasi  'Hari Keteguhan' sebagai protes terhadap kabinet sementara

4 hours ago
Penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Dr Muhammad Mursi menyeru untuk demonstrasi besar-besaran pada hari ini dan mengisytiharkan 'hari keteguhan' sebagai protes terhadap kabinet sementara yang akan memulakan tugas hari ini.

Sumber : AlJazeera
#‎mesirkini

Photo: [Ashri : 493 Penunjuk Perasaan Ditahan Dalam Keadaan Penindasan]

Ahli FJP terkemuka, Ashri mengutuk Mesir dan kumpulan hak antarabangsa yang berdiam diri terhadap jenayah hak asasi manusia yang terang-terangan dilakukan setiap hari oleh pihak berkuasa terhadap penunjuk perasaan aman dan tidak bersenjata.

Dalam satu kenyataan kepada Ikhwanweb, Mukhtar Ashri, Pengerusi Jawatankuasa undang-undang Parti Kebebasan dan Keadilan Rakyat (FJP) , menegaskan bahawa pencabulan hak asasi manusia dan perbuatan yang menindas berterusan di Mesir dengan cara yang sangat sistematik dan berbahaya ditambah dengan sikap berdiam diri yang aneh dari rakyat Mesir, pertubuhan-pertubuhan hak Arab dan antarabangsa.

"493 penunjuk perasaan aman telah ditangkap di jalan-jalan di sekitar Medan Ramsis (Kaherah), dan dibawa ke enam balai polis yang berbeza, dengan siasatan yang dijalankan dalam sel-sel penjara mereka, dan bukannya di pejabat pendakwa , bertentangan dengan syarat proses".

"Penunjuk perasaan ditahan sewenang-wenangnya, tidak diberi apa-apa makanan atau minuman, atau ubat untuk orang-orang yang memerlukannya, yang bertentangan dengan hak asasi manusia di Mesir."

Sumber : IkhwanWeb
#mesirkini

Ashri : 493 Penunjuk Perasaan Ditahan Dalam Keadaan Penindasan

Photo: ‎Si pengkhianat As Sisi telah membunuh dan mencederakan ratusan orang yang sedang bersolat di Ramsis dan Jambatan Oktober kemudian dengan segera melemparkan penyataan (pamplet) dan berpura-pura sedih di atas pembunuhan yang sebenarnya dilakukan oleh dirinya sendiri.
..........

Menyerang orang yang sedang solat. Kebaculan apakah ini wahai As Sisi ?!

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena