Perarakan "Jumaat Kemenangan Penggulingan Rampasan Kuasa"
Terkini : Lapangan Terbang Kaherah ditutup dan semua penerbangan dibatalkan.
Biar gambar berbicara.
Salah sebuah perarakan Pro-Mursi di Mesir hari ini.
Allahu Akbar!
Suasana di Medan An-Nahdhah sekarang.
Suasana di Medan Rabiatul Adawiyah sekarang.
Amerika terus berselindung dengan topeng 'hero'
Amerika mengecam tindakan tentera Mesir tetapi masih berdalih untuk mengakui apa yang berlaku merupakan satu rampasan kuasa dan bantuan kewangan masih terus diberikan kepada tentera Mesir.Amerika terus berselindung dengan topeng 'hero' yang kononnya menolak tindakan tentera tetapi masih membantu mereka.
Perarakan di seluruh Mesir hari ini sempena hari "Jumaat Kemenangan Penggulingan Rampasan Kuasa" menentang kudeta dan menuntut Dr Mursi
Mesir berisiko terjebak dalam kancah perang saudara - Kesatuan Afrika
Kesatuan Afrika telah memberi amaran bahawa Mesir berisiko terjebak dalam kancah perang saudara melainkan kerajaan menerima gerakan Islamis, yang tidak langsung termasuk dalam kabinet yang dibentuk oleh 33 portfolio.
Parti Nour, gerakan Islamis kedua terbesar di Mesir yang pada asalnya menyokong pelan tindakan pihak tentera dalam mengemudi negara ke arah pilihanraya yang baru, berkata pada hari Khamis bahawa kerajaan perlu memikirkan cara untuk ke hadapan dengan Ikhwan Muslimin.
"Saya percaya pimpinan sekarang harus sedar bahawa tekanan berterusan ke atas Ikhwan Muslimin dan mempermainkan emosi penyokong mereka boleh membawa kepada sesuatu yang amat buruk," jurucakap Parti Nour Nader Bakkar berkata kepada Reuters TV.
Sumber : AlJazeera, Reuters
0 comments:
Post a Comment