Thursday, 18 July 2013

Petisyen BN pulak ditolak Mahkamah - PR 2 = BN 2!

Khamis, 18 Julai 2013
Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, Rantau Abang
KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.


Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.


(Ridhuan dan Alias...gembira dengan kemenangan)

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, Adun-Adun PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.

Pihak defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili oleh lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof.

Hakim turut memutuskan agar pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000.

Antara punca penolakan mahkamah untuk kes Dun Rantau Abang adalah Ketua Tempat Mengundi SPR mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoal untuk menolak kertas undi yang dicemarkan oleh dakwat kekal.

Untuk kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan Ketua Tempat Mengundi menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk Dun itu.

Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berjalan di negeri Terengganu. Sebelum ini, perbicaraan telah berjalan di Kelantan.

Mahkamah 10 Julai lalu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.Harakahdaily.
Rantau Abang kena sumpah batu penyu!! - Lagenda,Mitos & Sejarah ...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena