Tuesday, 23 July 2013

Fatwa Pengharaman Ratu Cantik - Dimana suara pemimpin Melayu Umno...? & Padah lawan fatwa...

Rabu, 24 Julai 2013
Dimana suara pemimpin Melayu Umno...?


Photo: Miss Earth Malaysia 2013 : Josephine Tan (Pahang)
Miss Air Malaysia 2013 : Charmaine Loh (Perak), 
Miss Water Malaysia 2013 : Manimenaga (KL)
Miss Fire Malaysia 2013 : Jolene Tan (Selangor)
Miss Eco Tourism Malaysia 2013 : Stefanie Wong (Sarawak)
Miss Earth Malaysia 2013 : Josephine Tan (Pahang)
Miss Air Malaysia 2013 : Charmaine Loh (Perak), 
Miss Water Malaysia 2013 : Manimenaga (KL)
Miss Fire Malaysia 2013 : Jolene Tan (Selangor)
Miss Eco Tourism Malaysia 2013 : Stefanie Wong (Sarawak)
Photo: APARTHEID IN BEAUTY CONTESTS: 4 girls of Malay ethnic origin competing for the Miss Malaysia World 2013 pageant have been DISQUALIFIED from the contest upon the warning from a leading Islamic cleric in Malaysia who threatened the organizer with a fatwa (Islamic decree).

Read more on the story, here:
www.missosology.info/forum/viewtopic.php?f=4&t=198040

 Pemimpin melayu tak sensitifkah dengan isu ratu ni...
Apakah kerana terlalu sibuknya pemimpin umno berkempen di Kuala Besut,, maka senyap sunyi tak bersuara...
Hari ini dua berita besar masih duk sebut bab isu haram ratu... eih,eis,, satu yang duk sibuk tukang canang ialah KP Jakim sendiri yang begitu berminat dengan ratu-ratu mogel ni,,,
Datuk Othman Mustapha 
Ketua Pengarah JAKIM
Dimana Muhyiddin Yassin, tak sensitifkah dengan isu Ratu ni,, begitu juga Zahid Hamidi,, masing-masing dah pun duduk ditempat imam dalam solat berjemaah bersama pengikutnya di Kuala Besut,,adalah sedikit ketokohan sebagai pemimpin yang alim dengan agama Islam,,, kalau nak harap Ketua Wanita Umno atau Ketua Puteri Umno,, tak payah....,

Kenapa... sebab benda yang dah basi diperangatkan semula,,  mereka masih risau dan kecut dengan bapa syaitan yang dikenali....
Jadi KP Jakim dengan Pengarah Jawi mengambil tugas...
Ingatkan anda dengan Almarhum Tuan Guru Ishak Baharom mantan Mufti Selangor...
Siapa punya angkara memecat beliau dari jawatan mufti Selangor kerana 2 orang pegawainya menjalankan tugas menahan 2 orang ratu cantik,,
Walapun tugas yang dilaksanakan itu mengikut enakmen agama Islam yang diluluskan oleh DUN Selangor sendiri., Posted by Manjungmari at Wednesday, July 24, 2013
SIS diminta hentikan provokasi isu fatwa pengharaman Ratu Cantik

KUALA LUMPUR 23 Julai - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sisters In Islam (SIS) supaya menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kenyataan SIS mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah tidak timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan gender, double standard atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu.

"Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak, khususnya SIS perlu ingat bahawa tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan SIS yang mempertikaikan pengeluaran fatwa di Malaysia tidak islamik dan demokratik dalam isu ratu cantik di laman portal berita FMT hari ini.

SIS mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan yang lain boleh menjadi undang-undang secara automatik tanpa melalui proses perundangan dan ini telah mencabuli kebebasan asasi seseorang.

Baru-baru ini, penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Penganjur, Datuk Anna Lim memaklumkan beliau membuat keputusan itu kerana akur dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menyatakan haram bagi wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Menurut Othman, isu wanita muslim dilarang menyertai pertandingan ratu cantik memang jelas dilarang oleh Islam.

dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak bahawa melibatkan peragaan tubuh badan wanita di khalayak bukan muhrim.

"Sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi kewajipan mereka mematuhi hukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati'e dalam al-Quran dan hadis," tegasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/
Padah lawan fatwa..
Padah lawan fatwa

4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara
Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Apa fatwanya....
Photo: PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PENCARIAN LELAKI MASKULIN MASKULIN MASIH DIBUKA.

*If Muslim women can't compete in Beauty Pageant, so do with Muslim Man because we say no to #discrimination #doublestandard* AGREED?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151449083890667&set=a.113179120666.108493.83119150666&type=1&ref=nf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena